Kata semangat

"..bahwa melawan Israel itu, janganlah hanya dengan suara ataupun tulisan, tapi dengan berperang mengangkat senjata melawan kebiadaban Israel. Juga janganlah menyebut Al Qoida, Taliban, dan para mujahidin sebagai teroris. Karena itu adalah seruan dari Amerika dan sekutunya, termasuk Israel. Tetapi teroris yang sebenarnya adalah Israel..." Ustadz Abu Bakar Ba'asyir.

MIZAM WORLD

MIZAM WORLD

Sunday, November 14, 2010

PENJELASAN ISU BANJIR OLEH YAB MENTERI BESAR KEDAH

Selasa, 09 November 2010 11:41 | Ditulis oleh AMELIA HASHIM |

Antara perkara yang disentuh oleh YAB Menteri Besar dalam wawancara oleh WARTA DARUL AMAN adalah seperti berikut:

- Kerajaan Negeri tidak gagal atasi masalah banjir

- Mengapa kelam kabut di peringkat awal?

- Semua pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri bertungkus lumus, Muhyidin nak tuduh kita berlepas tangan?

- Kalau mahu maklumat datang Bilik Gerakan Banjir Negeri, bukan kutip dari Umno tepi jalan

- Kerajaan tempatan perlu kaji semula kelulusan Double Tracking Gamuda

- Pegawai Kerajaan Negeri ‘boikot’ lawatan TPM

Berikut adalah transkrip penuh penjelasannya:

Untuk makluman Kerajaan Negeri sudah menyalurkan bantuan pada hari pertama banjir dengan mengambil tindakan segera di mana kita memberi fokus tiga perkara dalam mengendalikan mangsa banjir dari segi penempatan mangsa iaitu Pengarah Operasi Peringkat Negeri ialah Setiausaha Kerajaan, Peringkat Daerah ialah Pegawai Daerah dan Penempatan ialah Penghulu-Penghulu Mukim.

Kita mengkoordinasi dengan semua agensi kerajaan termasuklah pihak PDRM, ATM, Bomba dan Penyelamat dengan Pertahanan Awam, Pasukan Relawan, JKR, perubatan dengan semua sekali serentak naik. Itu operasi kita dari hari pertama kita menghadapi banjir dan Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan bekalan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Semua penempatan peringkat awal ditanggung oleh Kerajaan Negeri sehingga pihak lain datang memberi bantuan termasuklah NGO dalam negeri dan luar Kedah. Pada peringkat awal sehingga hari ini pun memang Kerajaan Negeri sediakan peruntukan dan semua tu disalur melalui Pejabat Daerah.



Bagaimanapun pada peringkat awal memang kita hadapi sedikit masalah kerana air naik cepat dan kita bertindak berdasar kepada nasihat dari pihak agensi tertentu daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, PDRM dan dan beberapa agensi lain seperti Bomba dan seumpamanya.

Tentang kejadian banjir kali ini air naik dengan pantas di tempat-tempat rendah dan bahaya. Berdasarkan maklumat inilah, kita sediakan tempat pemindahan. Keduanya kita maklumkan kepada penduduk supaya meninggalkan rumah mereka supaya datang ke tempat pemindahan

Bagi yang dapat menerima nasihat tapi terdapat juga yang masih berdegil tidak mahu berpindah. Mereka ini masih berat hendak meninggalkan rumah dan akhirnya air naik tinggi terpaksa juga berpindah. Dalam keadaan seperti ini beberapa masalah timbul bagi anggota penyelamat menjalankan tugas. Jalanraya sudah terputus. Jalan raya menjadi sungai kenderaan tidak boleh dilalui, kenderaan ringan tidak boleh pergi kenderaan beratpun tidak boleh sampai.

Maka kita kena pergi dengan motorbot Tentera atau Bomba. Tapi bila sampai separuh jalan tidak boleh pergi kerana tempat itu sudah tidak air. Di sebelah sana ada air jadi macam pulau. Jadi ini melambatkan. Itu yang mengatakan kita lambat memberi pertolongan. Kita memerlukan kerjasama dari semua penduduk. Kita nasihat. Tapi sudah usaha membantu. NGO dan orang ramai ikut membantu untuk bawa mereka yang terkandas.

Kemudian bila sampai ke tempat penempatan berlaku masalah lain pula. Kita buat persiapan untuk 3,000 tiba-tiba yang datang 4,000. Mulanya tidak mahu datang tetapi keadaan memaksa datang. Bila sampai kita hendak sediakan makan tengahari dan malam. Alhamdulillah semua nya kita dapat atasi dengan cepat. Ini masalah pada peringkat awal sahaja.

Akhirnya berlaku masalah bekalan elektrik terpotong. Air bersih tidak boleh dapat kerana air mentah ketika itu air tidak boleh dirawat lagi. Kita terpotong air bersih.

Pihak berkenaan tidak boleh pergi ke loji kerana jalanraya sudah jadi laut. Jadi dengan sebab itu kita terpaksa cari bantuan air. Ini kerana Sada tidak cukup lori dan peralatan. Dari sinilah terjadi sedikit masalah. Tapi selepas dua hari kita mendapat bantuan daripada Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Mereka hantar air bersih dan edar ke semua tempat penempatan dan hospital. Semua tangki berkerja 24 jam. Lebih 100 tangki di tempatkan di pusat-pusat pemindahan dan sekarang bila kebanyakan mangsa banjir pulang, mungkin mereka akan balik ke negeri mereka.

Di sinilah ada pihak-pihak tertentu kata kita tak buat kerja. Sebenarnya kita tidak gagal. Kita berjaya atasi masalah ini. Banjir satu kejadian yang tidak diduga. Tapi semua agensi Kerajaan Negeri dengan kerjasama dengan Kerajaan Pusat telah berjaya mengatasi masalah yang timbul dan bantuan dapat disalurkan seperti dijadualkan.

Ini yang kita buat. Makanan kita boleh masak tidak ada masalah. Makanan Kerajaan Negeri salurkan ke semua penempatan. Cumanya ada tempat-tempat yang lambat menerima kerana tak boleh keluar dia tak dapat makanan kita tak boleh hantar pasal jalanraya terputus. Itu saja. Sekarang ini masih kita menerima bantuan-bantuan dan kita meningkatkan peruntukan kita daripada RM 600 ribu kepada RM 2 juta bagi tujuan beri bantuan semasa mangsa berada di tempat pemindahan.

Selain itu kita menerima bantuan zakat sebanyak RM 500 ribu yang diserahkan oleh KDYMM Tuanku Sultan dan RM100 ribu sumbangan peribadi baginda.

Dakwaan Menteri Kebajikan Masyarakat yang menuduh kita hanya mengharap bantuan pusat adalah silap. Dia silap. Dia datang satu jam sahaja. Kita duduk 60 jam. Bagaimana dia boleh buat kenyataan tanpa datang ke Bilik Gerakan bencana Alam negeri. Dia tak hubungi pihak autoriti negeri. Bilik Gerakan utama negeri. Sama ada peringkat Setiausaha Kerajaan Negeri atau pejabat Daerah. Dia hanya melawat tempat tertentu sambil mendengar laporan daripada Ketua Umno seorang dua.

Dia timbulkan mengenai kanak-kanak yang lemas. Itu kerana emak bapa dia tak jaga dia jatuh sungai. Itu kenyataannya. Kita kerja. Semua pegawai berjaga siang malam. Dia buat kenyataan sedap-sedap kononnya Kerajaan Negeri lepas tangan. Menteri itu dapat maklumat dari tepi jalan. Sepatutnya dia mai dengar di bilik Gerakan Negeri. Di situ ada Polis dan Tentera. Ada Jenderal yang duduk bersama kita. Ketua Polis, Ketua Bomba serta semua pengarah-pengarah berada bersama kita dalam Jawatankuasa Bencana Alam. Kenapa buat kenyataan yang tak cerdik.

Itu kenyataan politik. Hari ini (mereka dakwa) banjir disebabkan air datang dari Hatyaai. Itu tak betul. Kita cakap masalah banjir berdasar laporan dan kajian daripada pihak agensi yang terlibat. Agensi yang bertanggungjwab. Kepakarannya yang ada. Pengarah JPS dia tahu pergerakan air dan JKR kita dengar maklumat hari itu baru kita buat kenyataan.

Hujan bermula di Padang Terap bukan dari Hatyaai. Kemudian melimpah di Padang Terap dan tradisinya akan mengalir ke Daerah Pokok Sena. Dan mengalir ke Dehrang dari situ turun ke Wang Tepus, Jitra dari Dehrang turun ke Sungai Tajar dan akan pergi ke Sungai Haji Deris. Sebahagian pergi ke kawasan Pendang tapi tahun ini air tidak pergi ke kawasan Pendang. Tapi air pergi ke Dehrang terus Wang Tepus tembus sampai Changlon. Air memenuhi kawasan rendah di Jitra, Pekan Jitra barulah mengalir ke kawasan sebelah barat memenuhi Kubang Pasu, Pulau Kerengga, Pulau Timbul dan kawasan Tunjang, Megat Dewa dan kawasan sekitar Gunung

Daerah Pendang sikit sahaja. Masalah perjalanan air diganggu oleh landasan keretapi double tracking. Air tertumpu di Alor Setar. Landasan keretapi yang sedang dibina sepatutnya ada saluran yang lebih besar. Tapi saluran itu bilangan sikit dan kecil. Maka air lambat keluar memakan masa. Itulah sebabnya berlaku banjir di tempat-tempat yang tak pernah banjir rumah saya telah tenggelam kali ini. Ada yang sampai ke dada.

(Ada yang) Tinggal selama 20 tahun ada yang sudah 30 tahun tidak pernah banjir. Laporan pihak JPS mengatakan air tidak boleh bergerak kerana terhalang oleh landasan keretapi ini. JPS yang juga hak Kerajaan Pusat dan Krajaan Negeri. Pengarahnya Kerajaan Negeri yang bayar gaji walaupun dia pegawai persekutuan dia kerja di Kedah. Adakah TPM bercakap dengan Pengarah JPS atau Pegawai Mada?

Jadi kita sebut kita minta supaya jalan air yang sempit ini diperbesarkan. Kita panggil hari itu supaya (Gamuda) datang bincang. Petang baru datang dia mesyuarat dan dia setuju nak luaskan saluran air supaya mudah air mengalir ke laut. Dia memang korek hari itu. Kalau dia tak korek saya arahkan JPS buka saluran kepada orang awam. Bila dia buka saluran sekarang banjir cepat kering. Lepas buka (baru) kering. Memang saluran kecil.

Dalam hal ini dia kata dia rugi. Gangguan . Kenyataan KTM Berhad kata dia rugi. Ini cakap tak bertanggungjawab. Dia rugi kerana pentingkan keuntungan. Rakyat rugi dia tak sebut. Yang tak berniaga beratus juta punah wang habis. Rosak harta benda. Rakyat rugi ratusan juta. Terganggu kerja sampai sekarang. Kenapa tak cakap macam tu. Kenapa nak simpati dengan pihak Gamuda dan keretapi ini yang tak buat kerja dengan cara betul. Ini kerugian rakyat biasa yang setiap bulan kenak potong gaji bayar sewa rumah. Ada yang RM 700- 800 sebulan. Dapat gaji hanya hanya seribu atau lebih. Sekarang lepas banjir terpaksa baiki sana sini rumah rosak kerana tenggelam sampai lima hingga enam hari.

Ini tidak termasuk kemusnahan harta benda. Kenapa tak bercakap kerugian rakyat dia bercakap kerugian dia. Maka tak peliklah bila nanti rakyat akan saman dia lepas ni. Saya difahamkan rakyat akan buat tuntutan di mahkamah. Biar mahkamah putuskan air daripada mana. Kesilapan (dipihak) dia, memanglah banjir kerana hujan lebat. Landasan ini salah satu faktor yang menyebabkan lambat air nak turun.

Bila saya bercakap mula-mula pihak Keretapi Tanah Melayu menafikan. Bila petang pihak yang bina landasan iatu Gamuda datang baiki. Jadi dia dok ulang. Makna dia bercakap atas maklumat yang tak betul.

Saya bercakap fasal rakyat saya. Maka sebab itu saya arahkan semua kerajaan tempatan supaya kaji semula tentang kelulusan yang kita bagi kepada Gamuda tentang kelulusan landasan keretapi ini supaya disemak semula pesetujuan kita yang benarkan dulu. Ini kerana telah membebankan rakyat. Eesok ada mesyuarat saya akan arahkan semua PBT terlibat iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Padang Terap supaya semak semula tentang kelulusan yang kita bagi ini. Kita tidak akan benarkan lagi sehingga mereka selesaikan masalah ini.

Pasca dari segi kerugian harta benda, rumah dan kereta. Keduanya kerosakan tanaman kita serahkan kepada pihak Mada. Memang Mada bertanggungjawab kerana yang ini kita tidka ada peruntukan. TPM akan minta senarai.

Pegawai dia bila datang Kedah tidak jumpa kita. Mai rumah kita kenalah tanya kita. Demokrasi dia laung-laungkan. Dia patut kena tanya saya. Maka sebab itu tak pelik tidak ada seorang pun pegawai Kerajaan Negeri pergi sambut dia di stadium. Yang ada cuma seorang iatu Pengurus Stadium. Ini kerana dia hendak dengar ucapan Umno bukan laporan Kerajaan Negeri.

Sepatutnya sebagai Negeri Persekutuan dia kena datang jumpa saya atau hubungi Kerajaan Negeri. Saya hubungi Menteri Besar negeri lain minta tolong. Kerana kami tak cukup peralatan. Minta lori air dari Perak, Selangor bawa lori air. Air kita ada di paip-paip yang kita telah baiki tapi kita tidak ada tangki. Yang ada tidak cukup. Terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Kerajaan Pusat ada duit banyak dia datang tolong. Kerajaan negeri tidak ada duit. Tapi tak payah ajar kita. Kita tahu apa nak buat. Dia mengatakan kita sensasikan cerita. Kita bagi bantuan tak tanyapun dia orang tu Umno atau Pas. Peruntukan diambil dari Kerajaan Negeri. Itu saja.

Saya tak tunggu bantuan Kerajaan Pusat. Sekalipun saya tak minta. Siapa kata saya minta?Sapa kata saya lepas tangan? Tan Sri Mahyudin kata saya lepas. Pernahkah pejabat saya hantar surat ke Kuala Lumpur minta selesaikan masalah. Tak ada. Saya cuna merayu NGO. Kalau berlaku gempa bumi di Pakistan, di Afghanistan dan Indonesia berduyun-duyun pergi tolong di sana. Kenapa tidak tolong rakyat di Kedah yang ditimpa bencana. Itu saja itu saya minta kepada NGO. Saya tak pernah tulis surat kepada PM tolong sat saya. Saya tak pernah tulis surat kepada Shahrizat mai sat tolong saya. Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa.

Saya sangat simpati dengan penduduk yang terkena banjir. Tempat pertama saya pergi di Padang terap. Semua pusat pemindahan saya pergi. Masjidnya, surau dan sekolah. Saya beramah mesra dengan mereka. Saya pergi Bilik Gerakan. Mereka yang bertugas gembira saya datang. Kanak-kanak nampak saya datang bersalaman. Kanak-kanak biasalah tetap gembira Cuma ibu dan bapa nampak runsing. Masa itu kita sediakan keperluan makan minum, selimut. Masalah makanan lambat siap dan tidak cukup bantal dan selimut adalah.

Tempat lain begitu juga. Alhamdulilah. Mereka nampaknya tenang. Layanan dari kita begitu baik dan para sukarelawan menolong mereka. Kadang-kadang makanan lambat. Itu biasalah kerana hendak siapkan makanan dengan jumlah yang banyak. Nak masak, nak bungkus sedikit terlambat pada hari pertama.

Ada yang pindah ke sekolah. Di Jitra ada yang pindah ke sekolah ingatkan selamat tiba-tiba malam air naik terpaksa pindah pula. Jadi terpaksa gunakan jentera-jentera kenderaan berat. Saya menghargai semua jasa dan kerjasama pegawai-pegawai kerajaan negeri. Saya waktu siang keluar pukul 4 petang balik 11 malam. Keluar 10 pagi balik petang. Malam pergi pula. Saya pindah dari satu Bilik Gerakan ke satu Bilik Gerakan saya hubungi Setiausaha Kerajaan dan DO-DO apa yang diperlukan atau ada apa kekurangan. Semua cukup tapi kita standby arah keluarkan duit Kerajaan Negeri.

Pelik juga tang mana saya lepas tangan. Itu political statement tapi pihak BN mengeksploit untuk kepentingan politik.

Mereka pasang bendera BN di stadium Sultan Abdul Halim tunggu TPM turun. Makanya itu lebih mencari publisiti daripada untuk kemanusian. Saya pergi tak bawa bendera Pas tak bawa bendera Kedah. Saya pergi nak jumpa bertanya khabar ada pihak Umno sendiri nak control dan Puteri-puterinya menafikan bantuan Kerajaan Negeri. Ini menghalang orang nak melawat. Itu tak bertamadun. Otak tamadun sempit. Politik sempit. Kita tak boleh buat begitu. Termasuklah Menteri yang dibodohkan oleh pemimpin Umno di Kedah. Dan rakyat akan menilai mereka nanti.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua sukrelawan dan pihak-pihak yang membantu. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang datang membantu. Saya ucapkan selamat datang. Bagi mangsa banjir Alhamdullilah kita selamat walaupun hilang harta benda tapi tidak hilang keluarga. Kita bersyukur.

Habis 4.30 Petang

Pejabat Menteri Besar Tingkat 3 Blok A.

LAMA TAK NULIS

Assalammualaikum
salam pencerahan
salam perpindahan

alhamdulillah dikesibukan berpindah dr johor ke perak, sempat jua menjenngah
di kesibukan konvokesyen dan kembali ke alam pekerjaan, sempat jua menjengah

alhamdulillah
masih terus isthiqomah walau di mana jua berada
tgu ipoh, aku bakal mengempur...

salam pencerahan

Friday, July 30, 2010

SAMBUT BAIK PERKESO JUAL SAHAM CARLSBERG

Assalammualaikum
salam pencerahan
PERKESO pernah keluarkan statement tidak terlibat dgn Calrberg
tp kini Menteri kata nak jual saham
tp sebenarnya duit tu still haram jugak
sapa yg dok dapat faedah hasil saham tu ?
mak ayah kita jugak
mengalir darah haram dalam badan kita
kepada pekerja PERKESO, mcm mana pula situasi anda ?
kesian. kerajaan selama ini mmg main lenjan aja
patutlah anak2 muslim makin bodoh dan rosak akidah

Malaysia, jom berubah
salam pencerahan

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 29 Julai: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik tindakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjual semula 2,155,700 unit saham dari syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.
Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam di Dewan Negara semalam memberikan gambaran positif terhadap tindakan PAS yang selama ini menuntut agar Perkeso menjauhi perniagaan arak demi kepentingan awam yang telah mencarumkan hasil titik peluh mereka yang halal kepada agensi berkenaan.
DPPWP, katanya menyeru agar semua pemegang saham dalam syarikat-syarikat arak dan judi di negara ini mengambil langkah yang sama dengan menjual semua saham dan kepentingan mereka.
“DPPWP juga menyeru kepada kerajaan terutamanya Pakatan Rakyat supaya mengetatkan penguatkuasaan undang-undang penjualan arak agar ianya tidak dijual secara terbuka dan dihadkan kepada bukan Islam sahaja,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, kewujudan premis penjualan arak serta pemborong juga perlulah dihadkan mengikut keperluan masyarakat setempat dan tidak diluluskan sewenang-wenangnya.
“DPPWP juga terus mendesak agar pihak berkuasa kerajaan tempatan di seluruh negara tidak membenarkan penjualan arak secara terbuka di premis 7 Eleven dan premis peruncitan yang lain,” ujarnya.

Friday, July 23, 2010

ADAKAH PAS DILIHAT JAHAT JIKA MENOLAK

10 Syaaban 1431H.
Oleh : http://edyesdotcom.blogspot.com

Apa kata Ketua Dewan Pemuda PAS;

"Maka, apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [ Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] .

"Kini di era YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan, sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, adil, telus, saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa Melayu itu sendiri.

Apa kata 3 Naib Presiden PAS;

Mahfuz Omar Berkata;

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,”. Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). “Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,”

Salahuddin Ayub Berkata;

Jika benar Umno mahukan perpaduan, Umno perlu menyertai Pakatan Rakyat bersama PAS, PKR dan DAP.

Tuan Ibrahim Tuan Man Berkata;

PAS menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Lantaran itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!

PAS tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh UMNO. Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan walhal dengan jelas Islam menyatakan judi itu haram!

Apa kata Timbalan Presiden PAS;

PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamat-muktamar yang lalu. PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani pilihan raya umum k-13 untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Saya juga menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi, terutama di peringkat cawangan dan kawasan serta menambah keahlian baru PAS semaksima mungkin.

Apa kata Presiden PAS ;

(Maaf, ikhlasnya saya katakan, tiada lagi komen dari TG Presiden setakat ini, dan ia bukanlah satu kesalahan kerana timb. presiden dan naib-naib presidennya telah memberi komen serta penegasan. Namun saya percaya pendirian TG Presiden adalah senada)

Apa kata Mursyidul Am PAS;

PERGI JAHANAM DENGAN UMNO !!!

Oleh demikian, saya memohon kepada semua pucuk pimpinan UMNO supaya berfikir dengan akal yang dikurniakan oleh Allah, bahawasanya, pinangan UMNO terhadap PAS adalah ditolak tanpa syarat dan tanpa bicara, kerana tindak-tanduk dan kebejatan melampau UMNO itu sendiri telah menjadi faktor betapa PAS dan UMNO tidak mungkin bersatu buat ketika ini.

Sepertimana yang dilafazkan oleh Puteri Gunung Ledang terhadap Sultan Melaka berkenaan terjemahan-terjemahan yang berupa permintaan itu, adalah sebenarnya satu penolakkan.

Kepada rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang di ambang perubahan, sedarlah bahawa permainan propaganda UMNO ini sebenarnya satu perangkap yang menang-menang bagi UMNO. Ini kerana apabila PAS menolak kerjasama politik demi perpaduan melayu dan Islam, maka PAS akan dilihat jahat kerana membelakangkan perpaduan yang dituntut. Akhirnya tiba satu perenggan yang membunuh segala prasangka, hadir dari Tuan Ibrahim Tuan Man yang berbunyi - PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!

Persoalan di sini ialah, adakah PAS akan dilihat jahat kerana menolak pelawaan UMNO? Adakah PAS akan dipandang serong sekiranya tidak menerima tawaran perpaduan melayu dan Islam ini ?

Sedarlah saudara dan saudari sekalian. PAS bukan berdepan dengan tawaran perpaduan sesama Islam, PAS juga bukan berdepan dengan tawaran perpaduan walau sesama melayu sekalipun. PAS sebenarnya berdepan sebuah tawaran perpaduan dari sebuah gerombolan pengkhianat bangsa!

PAS berhadapan dengan tawaran perpaduan dengan gerombolan yang tidak bertanggungjawab terhadap peristiwa Memali, mengamalkan Akta zalim ISA, merancang kudeta rampasan kuasa di Perak, menafikan hak royalti Terengganu dan Kelantan ketika PAS berhak ke atasnya, dan yang paling menyedihkan, PAS berhadapan tawaran perpaduan oleh pihak yang mengfitnah PAS sebagai parti ajaran sesat.

Oleh demikian, di atas kelaku gerombolan terdesak seperti di atas, wajarkah PAS dipandang serong sekiranya menolak tawaran perpaduan? Saya yakin, sesiapa sahaja tidak akan dipandang serong sekiranya menolak untuk berpakat serta bersubahat dengan perompak. Inikan pula menolak lamaran penggadai maruah agama dan bangsa. Seperti itu jugalah Puteri Gunung Ledang menolak lamaran seorang sultan yang zalim.

Perlu diingat, penyatuan PAS dan UMNO merupakan jalan terakhir bagi menyelamatkan sebuah empayar yang berdiri di atas keringat rakyat. UMNO tidak akan membiarkan harta yang disiap-sediakan untuk tujuh keturunan mereka dirampas oleh kuasa rakyat setelah berdepan kekalahan pertama kerajaan pusat pada PRU yang semakin hampir. Walaubagaimanapun, kita harus bersyukur kerana kesepakatan kepimpinan PAS hari ini telah melemahkan peluang talian hayat terakhir UMNO.

Hari ini, minggu ini, telah dibuktikan bahawa UMNO itu benar-benar semakin lemah dari pelbagai aspek. Pertelingkahan antara mereka ada di mana-mana, Mesyuarat cawangan dan bahagian lemau tidak bermaya, yang bertumbuk juga ada. Malah, isu pasir yang mereka tembak ke arah Kerajaan Selangor juga telah menyebabkan pergaduhan sesama mereka, serta menerbitkan 'overkill' yang memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

Dikesempatan ini, saya menyeru kepada semua kepimpinan Pakatan Rakyat agar bertindak bijak, sepertimana yang berlaku hari ini, minggu ini.

Salam Perjuangan, Salam Reformasi, Salam Revolusi 308
Saya akhiri dengan sebuah slogan yang telah dimodifikasi ;
1Perjuangan - Islam didahulukan, Kebajikan diutamakan !

dari blog cina islam

DILEMA MEMILIH JODOH

11 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Memilih Jodoh adalah dituntut oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu memilih tempat hendak salurkan air mani kamu(isteri)."(Ibnu Majah dan Baihaqi-sahih)

Ciri utama yg perlu ada pada pasangan adalah yg elok akhlak dan agamanya seperti Nabi s.a.w sebut

"Maka beruntunglah org yg memilih wanita yg beragama."(Bukhari dan Muslim) "Apabila datang seorang lelaki yg elok agama dan akhlaknya melamar anakmu maka hendaklah kamu kahwini anak perempuan mu dgn dia. Jika kamu tidak kahwininya maka akan menyebabkan kerosakan dan fitnah yg besar akan berlaku."(Hr Tirmizi-hasan sahih)

Ciri-ciri isteri yg solehah adalah sepertimana Nabi sebut: "Aku hendak memberitahu kepadamu sesuatu yg perlu dimiliki oleh seorang lelaki ialah wanita yg solehah.

Apabila suaminya pandang dia akan rase gembira, bila suaminya suruh dia akan patuh dan bila suaminya keluar dia akan jaga harta dan maruah suaminya."(Hr Abu Daud) Seeloknya hendaklah seorang lelaki itu memilih anak dara. Jabir brkata: "Aku berkahwin dgn seorang wanita; lalu aku berjumpa dgn Nabi s.a.w. Nabi s.a.w bertanya "Adakah engkau sudah berkahwin?" Aku menjawab "Ya" Nabi bertanya "Dara atau janda?" Aku menjawab "Janda" Nabi s.aw bersabda "Kenapa kamu tidak memilih anak dara yg mana kamu berseronok dgn dia dan dia berseronok dgnmu."(Hr Muslim)

Lelaki juga hendaklah memilih wanita yg penyayang dan banyak melahirkan anak. Nabi s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu berkahwin dgn wanita yg boleh melahirkan banyak anak dan wanita yg penyayang. Maka sesungguhnya aku berbangga dgn banyaknya ummatku"(Hr Abu Daud)

Disunatkan lelaki yg hendak mengahwini seseorang wanita itu melihat muka dan dua tapak tangan. Seorang lelaki memberitahu Nabi s.a.w bahawa dia nak kahwin. Rasulullah bertanya "Adakah engkau sudah melihatnya?" Lelaki itu menjawab "Belum" Lalu Nabi s.a.w bersabda "Pergilah engkau melihatnya."(Hr Muslim)

Imam Nawawi berkata: Sesungguhnya diharuskan melihat ke muka dan tapak tangan sahaja kerana keduanya bukan aurat dan juga kerana muka menunjukkan kecantikan atau sebaliknya; manakala tapak tangan menunjukkan kepada kesuburan tubuh atau sebaliknya.

Ulama mazhab Syafie berkata: sekiranya tidak mampu melihatnya maka disunatkan supaya menghantar seorang wanita yg dipercayai untk melihat wanita yg hendak dikahwini dan memberitahunya. Perkara ini seeloknya sebelum pertunangan.

seloknya menghantar seseorang utk merisik pasangan sperti mana Nabi s.a.w menghantar Ummu Sulaiman utk merisik seorang wanita. (Hr Ahmad dan Hakim-sahih) Seeloknya minta tolong dan berbincang dgn org Alim dan soleh mengenai nak memilih jodoh seperti mana Nabi s.a.w telah meminang wanita Ansar bg pihak JUlaibib.(Hr Ahmad-sahih)

Nabi s.a.w telah memberitahu kepada Fatimah binti qis apabila dia dipinang oleh Muawiyah, Abul Jaham dan Usamah bin Zaid "Adapun Muawiyah adalah lelaki yg faqir takde duit, Abu Jaham pula seorang yg banyak memukul wanita dan Usamah la yg perlu engkau pilih." Fatimah berkata "Aku berkahwin dgn Usamah dan aku amat bergembira bersamanya."(Hr Ahmad)

Cubalah pilih yg terbaik mengikut ape yg Islam telah gariskan. Bincanglah dgn baik dgn org-org yg dipercayai, guru, org alim dan Ibu Bapa. Bnykkan Istikhoroh dan solat hajat. Mudah-mudahan mendapat pasangan yg terbaik.

dari blog cina islam

BARANG NAIK 3

Assalammualaikum
salam pencerahan
salam barang naik

media kini melaporkan HARGA BARU dan SUBSIDI DIKURANGKAN
dengan PENYELARASAN HARGA MINYAK, PENGURANGAN SUBSIDI GULA
dan HARGA BARUA GAS LPG

adapun berita melaoprkan org ramai tidak pula beban kenaikan harga krn peniaga tidak menaikan harga..berita juga melaporkan persatuan pengusaha makanan berjanji takkan naikkan harga

namun alkisah di parit raja johor, dengan air berkarat berpnyakit
dengan gula masih kurang sebnarnya
tiada pula berita melaporkan
2,3 hari ni harga telur gred c telah naik kpd 0.31 sen

tiada juga dilaporkn berita
barangkali johor ni dok di hulu kot ? ke org johor ni mmg penyabar tahap tinggi ?
takda yg bantah..setuju sokmo..

kesian org miskin, kalu telur gred c naik,
apa agaknya nak makan ?

Malaysia, jom berubah
salam pencerahan

Friday, July 16, 2010

BARANG NAIK 2

Assalammualaikum
salam pencerahan
salam barang naik

bengang benar bila dpt tau harga barang2 naik

adapaun tema PM kita rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan
nmpknya semakin tak menjadi
kenaikan harga barng penting sekaligus
yg pasti harga brg2 jualan lain yg berkaitan pasti naik

kenaikan kali ini utk selaraskan apa ntah
nak kurang subsidi utk malaysia katanya
takutnya bukan utk malaysia tp utk kroni2

adapun juga tema PM 1Malaysia juga dibuat
namun nmpknya PERKASA pula jd problem
pasni PERKASA cina, pastu india
potong stim brahim ni...

yg pasti, semuanya tak menjadi ni
mcm mana ni ?
bimbng juga aku bila nama PM kita n isterinya disiasat di Perancis

Ya Allah, lindungi para pejuang agamaMu
hancurkan mereka yg menganiaya org lain

Malaysia, jom berubah
salam pencerahan
salam barang naik

BARANG NAIK

Assalammualaikum
salam pencerahan
salam barang naik


Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.

Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

•Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
•Diesel - RM1.75 seliter.
•Gula - RM1.70 sekilogram
•Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

•Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
•Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
•Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

HILTLER, SIAPA ANDA ? TERTIPUKAH KAMI?

Assalammualaikum

salam pencerahan
salam barang naik

Mengapa Adolf Hitler
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler. Semoga akan bangkit seorang lagi sepertinya di zaman ini.

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga rakan yang sedang menamatkan tesis Ph.Dnya dan aku amat terperanjat apabila beliau menyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan padanya, "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bahlol ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Lalu aku menjawab bahawa Hitler itu seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku.

Aku menjawab sumberku dari TV dan suratkhabar. Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?" Aku lantas meminta jawapan dari beliau.

Beliau menyambung : Ada (2) dua sebab.
1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel.
Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan dengan Islam.
Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab.

RUJUK BLOG
http://politikbanjar.blogspot.com/

Wednesday, July 14, 2010

KECELARUAN DUNIA

DS ANWAR mencipta rekod. Itulah yang boleh saya perkatakan. Mana ada pemimpin politik di negara ini khususnya, bahkan di Asia yang boleh mencipta rekod seperti DS Anwar? Beliau sememangnya seorang pejuang tulen yang kental, berani dan penuh kejujuran di dalam berpolitik.

Bukan taksub kepada beliau, tetapi hakikat dan sejarah telah membuktikannya sehinggakan kesemua musuh-musuh politik beliau menjadi gerun dan gentar apabila membayangkan DS Anwar.

Semenjak negara kita merdeka, siapakah tokoh politik yang mendapat berbagai gelaran semata-mata untuk menjatuhkan kredibilitinya? Dulu kita pernah dengar nama MAHAFIRAUN dan juga MAHAZALIM atau Bapa Penipu Negara digelarkan kepada seorang tokoh dari Umno.

Kita juga mendengar gelaran Bapa Judi Negara terhadap seorang tokoh politik yang kini masih memimpin. Tetapi itu semua tidak mencapai tahap gelaran yang diberikan oleh musuh-musuh politik terhadap DS Anwar.

DS Anwar digelar Pengkhianat Melayu, ejen negara asing, ejen Amerika, ejen Zionist Israel, dan yang terbaru pula adalah ejen CIA Amerika. Sebelum itu, DS Anwar juga dikaitkan dengan penyokong Komunis apabila beliau mengulas tentang hasrat Chin Peng untuk kembali ke tanah air.

Setelah semua cerita liwat kini menjadi bahan jenaka orang ramai, Penasihat 20 persen dari APCO mungkin telah menasihatkan bahawa DS Anwar hanya boleh dijatuhkan dengan menggunakan propaganda seperti ini. Tidak cukup dengan media tempatan, mereka menggunakan media asing yang sekutu dengan APCO untuk mencipta berbagai gelaran buat Ketua Pembangkang ini.

Inilah yang saya maksudkan dengan kehebatan DS Anwar. Meskipun kesemua gelaran itu adalah negatif, tetapi ini membuktikan betapa musuh-musuh beliau sudah kehilangan modal untuk berdepan dengannya. Tiada bukti, tiada hujah dan fakta, jauh sekali berani untuk berdebat secara terbuka, Umno hanya mampu berbuat sedemikian. Mudah-mudahan rakyat masih bodoh seperti mereka. Itulah yang mereka harapkan.

Jika pemimpin PAS dan parti mereka disebut sebagai parti ajaran sesat, pemimpin Wahabi, Pro Taliban atau Pro Revolusi Iran, maka DS Anwar juga dilakukan sedemikian rupa. Taktik propaganda Umno kini mudah kita kesan kerana cara mereka tidaklah bijak sangat.

Sebagai contoh, mereka tuduh DS Anwar ejen CIA Amerika, di dalam masa yang sama mereka menuduh pula DS Anwar membayar CNN untuk mempromosikan dirinya. Lojikkah seorang ejen CIA Amerika perlu membayar dengan CNN untuk tugasan yang diberikan?

Propaganda mereka selalu terkantoi dengan mudah. Umno tuduh DAP anti Islam dan Melayu, dalam masa yang sama MCA dan Gerakan iaitu parti Komponen Bn pula menyebut DAP parti yang menyokong hudud PAS. Mana satu yang betul? Jelas mereka tidak lagi sependapat dan mereka telah mendedahkan kebodohan mereka masing-masing.

Pemuda Umno menyelar PERKASA sebagai ekstrim, Najib menegur Ketua Pemuda Umno. Sejurus itu, MCA dan MIC pula menyelar PERKASA. Ini bermaksud kata-kata Najib tidak lagi menakutkan mereka.

Timbul pula isu perpaduan Melayu dan Islam. PAS mesti bersatu dengan Umno. Dalam masa yang sama pemimpin kanan Umno menggelar PAS parti ajaran sesat. Mahu bersatu dengan parti ajaran sesatkah? Betapa bebalnya mereka mengatur strategi politik.

Tahniah buat DS Anwar kerana masih berdiri gagah di persada politik tanahair. Malaysia amat beruntung mempunyai pemimpin sepertinya.

DR BLOG CINAISLAM

PASIR KINI HANGAT DI SELANGOR

KENYATAAN AKHBAR

12 JULAI 2010

MEDIA DIBERI MAKLUMAT SALAH MENGENAI PERLOMBONGAN HARAM DI KUALA LANGAT


SHAH ALAM: Laporan mengenai perlombongan pasir yang disiarkan akhbar hari ini adalah tidak benar kerana fakta-fakta yang diberikan kepada media adalah salah.

Berdasarkan gambar yang disiarkan akhbar, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) pasti gambar ini diambil di sekitar lombongnya yang mempunyai permit sah di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat, bukannya di Bukit Canggang.

Permit melombong pasir di kawasan itu yang dikeluarkan pentadbir Tanah Kuala Langat sejak Januari 2010 selepas mendapat kelulusan jabatan teknikal termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor, Majlis Daerah Kuala Langat dan pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat.

Kelulusan dari jabatan ini diperolehi selepas Skim Melombong (mining Scheme) dan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan oleh jabatan-jabatan ini.

Operasi perlombongan dijalankan selepas JAS dan LUAS berpuashati dengan EMP yang disediakan oleh KSSB. Antara kandungan EMP adalah operasi perlombongan KSSB tidak jejaskan alam sekitar termasuklah Paya Indah Wetlands.

Syarikat perunding, Enviro Enhance Sdn Bhd juga bertanggungjawab menghantar laporan setiap bulan kepada JAS.

KSSB juga menyediakan zon penampan selebar 20 meter dari sempadan kawasan melombong. Kecerunan tebing yang landai dengan purata 27 darjah disediakan untuk memastikan tebing tidak runtuh dan membahayakan pekerja serta alam sekitar. Ini adalah mengikut Skim Melombong yang memenuhi syarat JMG.

Lombong KSSB ini adalah seluas 120 ekar, bukannya 120 hektar (250 ekar) seperti yang dilaporkan oleh akhbar.

Operasi fasa pertama hanyalah seluas sekitar 60 ekar. Operasi fasa kedua pula sedang dalam proses pembersihan kawasan.

Kerja-kerja melombong telah diberikan kepada syarikat kontraktor, Cheong Weng Trading yang berpengalaman selama 15 tahun dalam industri pasir.

Semenjak operasi bermula pada Januari 2010, sebanyak 400,000 tan metrik pasir telah dijual dengan pendapatan sekitar RM7 juta bukannya 10 juta tan pasir bernilai RM220 juta sepertia yang dilaporkan akhbar.

Adalah tidak munasabah untuk mengeluarkan 10 juta tan dalam masa 2 minggu seperti yang dilaporkan kerana untuk mengeluarkan pasir sebanyak itu memerlukan lebih 500,000 muatan lori.

Jentera-jentera dan peralatan melombong tidak berkemampuan untuk mengeluarkan 10 juta tan pasir dalam masa 2 minggu.

Kerajaan Negeri berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan kejadian curi pasir. Kita mencuba sedaya upaya untuk membanteras jenayah ini supaya negeri tidak terus kerugian.

Pentadbir Tanah telah mengenal pasti kawasan-kawasan kecurian pasir seluruh Selangor termasuklah di Bukit Canggang dan sedang mengambil tindakan termasuklah memberi Notis 7A di bawah Kanun Tanah Negara.

Kita juga berharap pihak media lebih berhati-hati dengan fakta yang diberikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan Negeri akan terus menambah baik perlombongan pasir yang menjadi sumber untuk agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

YAB TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

MAHLIGAI KHIR TOYO DGN LEMBU SUMBANGAN KHALID



Beberapa kes membabitkan individu berprofil tinggi masih disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Ini didedahkan dalam jawapan SPRM kepada Jawatankuasa Khas Parlimen (SCC) yang dimuatkan dalam laporan tahunan 2009 yang dikeluarkan hari ini.

Antara lain, SPRM memaklumkan kepada SCC bahawa siasatan ke atas banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam dan dakwaan salah guna kuasa menteri besar sekarang, Tan Sri Khalid Ibrahim masih diteruskan.

Kes: Kontroversi kereta dan lembu Menteri Besar Selangor

Latarbelakang: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim didakwa pada awal 2009 menyalah-gunakan kuasa menderma RM110,400 bagi tujuan korban lembu dan membeli kereta mewah untuk kegunaan rasminya. Siasatan kemudian mendapati kereta itu adalah milik peribadinya.

Ketua SPRM ketika itu kemudiannya mendakwa suruhanjaya berkenaan mempunyai bukti kukuh bagi mengheret Khalid ke mahkamah.

Jawapan: Kes berhubung lembu korban ditutup atas arahan timbalan pendakwa raya dan dipersetujui oleh Panel Review Operasi SPRM.

Friday, July 9, 2010

KEHEBATAN ALLAH

Assalammualaikum

salam pencerahan

setiap hari jumaat pd sebelah paginya

lab automitif, UTHM ini ada mengadakan kuliah ilmu
minggu lepas, Ustaz Hisyam..menceritakan kehebatan Islam
kehebatan Allah S.W.T...

sainits perancis membuat kajian bertahun-tahun bagi membuktikan air zam-zam adalah air kumbahan, air teralir dari mandian, masakan, cucian penduduk Mekah
lojiknya ada krn Tanah Suci dlm kawasan lembah..
Kaabah terletak ditengah2 lembah
namun Allah Maha Berkuasa
ditakdirkan Allah, para mujahid Islam ini mengambil sampel air zam-zam
lalu dibw mereka ke perancis dan amerika untuk diuji
terbukti tiada pula toksid2, bhn kimia, sisa kumbahan yg mencemari air zam-zam

Allahukbar..subnallah..

sekali lagi perancangan musuh Islam dipatahkan hanya sesingkat itu

air zam-zam ini telah dibuktikan dgn sains oleh saintis jepun
bahawa air zam-zam adalah air yg terhebat..mempunyai pelbagai mineral

Malaysia, jom berubah

kembali kepada Islam
Islam itu benar
Islam memimpin perubahan

salam pencerahan

MUKJIZAT AL-QURAN

Assalammualaikum

salam pencerahan

alhamdulillah, pagi ini masih bernyawa dan kekal isthiqomah dengan perjuangan Islam

Pagi ini berkesempatan menonton tanyalah ustaz
program TV9 yg penuh dengan pengisian
pagi ini tajuknya adalah mukjizat Al-Quran
ingin berkongsi sedikit informasi darpda Dr Daniel

saintis barat kerap kali mempertikaikan Al-Quran
antara usaha mereka ialah dengan mengatakan cerita di dalam Al-Quran adalah lagenda
sengaja diciptakan..antara nya cerita kota tsamud, kota ard dan kota qiram
mereka mentertawakan dunia Islam
namun Allah Maha Berkuasa..ditakdirkanNya
sekitar tahun 1984, saintis barat menjumpai satu kota bernama kota elba
di kota tersebut, para sainits telah menemui satu monomen bertulis
maka para saintis ini mengkaji dan telah mereka temui di dalam tulisan tersebut ada menyebut perihal business yg dilakukan antara kota elba dgn kota qiram..dana jug kota tasmud dan kota ard..
Nah..tamparan hebat buat saintis jahat itu

satu lagi kisah kehebatan Al-Quran ialah berkaitan ilmu kejuruteraan mekanikal
dulu, semasa di Politeknik, aku mengajar welding utk studentku
ditakdirkan Allah, aku menemui satu ayat Al-Quran, dlm surah Maryam ayat tak ingat plak ( yg belkang2) perihal ilmu welding
perihal iskandar zulkarnain yg mengurung yakjud dan makjud dgn meleburkan besi dengan besi yg lain sehingga cantuman itu menjadikan lebih kuat dan teguh
itulah welding samada welding arka, welding gas, TIG, MIG...

Allahuakbar..subhanallah

banyak lagi sebenarnya

wallahua'lam

Malaysia, jom berubah

kembali kpd Al-Quran

salam pencerahan

Thursday, July 8, 2010

PUAS JADI BLOGGER

Assalammualaikum

salam pencerahan

bila ditanya best ke jd blogger ?
aku akan jawab best

bila ditanya puas ke jd blogger?
aku akan jawab puas

sbb walau tiada sapa yg dok tgk blog aku
aku tak kisah, puasnya bila dapat menulis luahan hati ini
bestnya bila ada jgk yg dok baca blog pelepas gian je ni

Malaysia, jom berubah

salam pencerahan

Monday, July 5, 2010

PERAK NEGERIKU




Assalammualaikum

salam pencerahan

salam perubahan

aduh negeriku, apa dah jadi ni

kalu Sabah mmg dah lama dah

kalu terangganu pun dah lama dah walau dialah negeri petroleum
patut yg terkaya

ni Perak, apa dah jadi ni ?
bkn sawit byk ke ?
felda pun byk ?
Sime darby punya brg pun byk?

tolong lah..tolong lah

rakyat perak, jom berubah

salam pencerahn
salam perubahan

PIALA DUNIA ..OH PIALA DUNIA

Assalammualaikum
salam pencerahan

piala dunia sudah sampai ke separuh akhir
jika ada bertanya pasukan mana yg dipilih?
aku pun tak tau, sbb aku suka pemain2nya saja
aku suka ronaldinho main..dgn skil dan kreativiti yg tinggi
tp dia tak main utk Brazil, maka aku tak sokong brazil
aku suka messi main, budak kecik ni pun sgt kreatif
namun argentina tewas kpd jerman kekalhan jaringan memalukan
tp pd aku, argentina lebih buyk mnyerang dan menguasi permainn
tp kalah..puncanya, Hj Hasbullah dah ckp, 3-4 org org jg messsi
itulah silapnya Maradona..dlm ramai2 tu pun messi yg byk mencuba berbndg sameon ( nama melayu)..defend mmg sngt2 leka, mudahnya serangan masuk
aku juga suka belanda sbb dulu masa diploma kelas kami ada team penat-penat fc
baju salah satunya warna orange
mmg psiko warna ni, aku suka belanda sbb baju ja
Jerman main mmg baik punya lah..
sepanyol ditagih nasib
uruguay semangat yg jitu
habis pasukan mana yg sokong ?
entah, aku rasa Kedah dgn Perak ja

majulah sukan untuk negara

salam pencerahan

Malaysia, jom berubah

Thursday, July 1, 2010

KAN BETUL, ALAHAI POS MALAYSIA

Assalammualaikum
salam pencerahan

aku dah kata
hari ni harga setem naik
prosedur berubah
mcm2 lagi naik
walaubagaimanapun, aku setuju nak naikkan gaji perkerja pos
tp jgnlah ada yg amik lebih duit tu


Malaysia, jom berubah

salam pencerahan

Wednesday, June 30, 2010

DATA YANG MENYEDIHKAN, MEMBIMBANGKAN

Assalammualaikum
salam pencerahan

hari ini seperti biasa menghantar amir naqiuddin pi Pasti bersama rakan2nya
juga bersama amirah najihah untuk dihantar ke rumah pengasuh
selalunya di pagi hari aku suka dengar Sinar Pagi, Sinar FM sbb memang lawak menghiburkan hati..
pagi ini berita dari Sinar mengatakan seramai 80000 anak luar nikah telah direkodkan sepanjang tahun ini..tahun ni baru bulan 6,,,ada lagi 6 bulan
ni yang berdaftar..agaknya yang tidak berdaftar, yg dibuang tidak dijumpai
yang dijual..yang ntah apa2 lagi
dunia akhir zaman
undang2 manuasia tiada manusia takut
apa nak jadi dgn Malaysia yg baru shj nak jd Islam balik sbb dah haramkan lesen judi
opss..maaf..dah batalkan lesen judi..lalu nak amik duit judi buka akuan baru..

Malaysia ,,..jom berubah

salam pencerahn

jom laksana undang2 Islam

Tuesday, June 29, 2010

ADAKAH ADA MAKSUD JAHAT DISEBALIK GAMBAR




Assalammualaikum
salam pencerahan

akhbar berita harin 3.6.2010 memaparkan kisah jodoh..
dilihat meletakkan karikatur yg kurang sesuai dengan perwatakan wanita
bertudung labuh lerang 60 berbandg tak bertudng
pada saya ada maksud tersirat yg tak sepatutnya diletakkan gambar seperti itu
tak boleh kah letak saja dua2 tak bertudung atau dua2 bertudung
fikir2kan
byk sekali doktrin bahaya dalma dunia kini

Malaysia, jom berubah

salam pencerahan

ADA LAGI MAU NAIK

Assalammualaikum
salam pencerahan

semalam berkesempatan pegi pejabat Pos utk membeli setem
disebabkan aku ni suka bertanya, tanyalag aku perihal setem
sembang punya sembang, kerani pejabat pos kata, harga setem akan naik 1.7 ni
haa..naik pulak..prosedur pun berubah2
kalu sebelum ni sampul warna koko kena tampal setem 0.50, pasni tak tau
kelau dulu sampul putih 0.30, pasni tak tau
adapun tak pula dibgtaun kenapa harga setem naik
adakah kerana harga minyak dunia ka?
adakah kerana POs rugi ka ?
adakah kerana nak support duit kerajaan ka sbb katanya judi dah haram balik dah?
adakah krn sapa2 lah?
arakian, terpacul juga dr mulut kerani Pos, katanya "kerajaan dah nak bankrup, nak susahkan rakyat"
sbb pasni mana2 cwgn nak amik setem tak bleh main tempah2 je
tp ADA DUIT ADA SEREM..
biasalah, rakyat diutamakan, pencapaian diutamakan
haa..hangpa tgu ada lagi mau naik

adapun di Pos ni ada lagi cerita, cerita drama bersiri Liwat Budak Lembik
kerani Pos kata " aku pelik, si saiful ( bkn nama sebenar) punyalah tengap, tinggi, muda lagi..bleh kena liwat"
sambg kerani lg sorang " melainkan atas kerelaannya"
haa..siri drama mesti tonton..memg best
yg kena liwat islam, yg dituduh meliwat islam
saksi2 islam..kenapa tak bw ke mahkamah syariah ????
sbb kalu pi mmg awal2 lg dah selesai kes ni
qazaf kan saja..

dunia2..

Malaysia..jom berubah

salam pencerahan

Monday, June 28, 2010

DOKTRIN BAHAYA DALAM IKLAN

Assalammualaikum
sejak akhir ini dilihat banyk sekali iklan tidak ditapis oleh pihak berwajib
kelihatannya iklan jelas berunsur kelucahan dipaparkan
kesannya sgt bahaya kepada anak2 kerana terdedah kepada gambaran tak elok tu
kesannya juga bahaya kepada org2 muda yg menggilai situasi begitu
kesannya juga bahaya kepada org2 tua yg dah lama tak test power
kesimpulannya, kesan iklan ini sgt bahaya kepada masyarakat kita
benar, tiada bukti setakat ini melalui kajian2
tetapi bukti2nya jelas dengan kes2 berkaitan
contohnya, boleh dikatakan tiap2 mlm ada shj tangkapan terhadap GRO dibuat
jelasnya, macam mana ada GRO kalu pelanggan ada yg minta?
apatah lagi bayaran yang murah dikenakan
adalah lebih baik iklan2 ini ditapis
iklan2 hendaklah disesuaikan dengan program yg sedang berlangsung
contohnya, rancangan Al-Kuliyyah sedang berlangsung
tiba time iklan, mak aiii, nak lekkk punya iklan..
habis pahala org nonton

Malaysia, jom berubah
salam pencerahan

Friday, June 25, 2010

DOKTRIN BAHAYA DALAM HIBURAN

Assalammualaikum

dewasa ini kerap aku melihat cerita bertajuk
tasbih cinta, assalammualaikum cinta, kuliah cinta dan bermacam2 lagi

padaku, ia doktrin bahaya sbb didalamnya penuh dengan ketidaktepatan
sebagi cth seorang perempuan bersolat, berdoa memohon Allah memperkenankan doanya
pada masa yg sama auratnya tidak dijaga, pada masa sama hubungan lelaki perempuan tidak dijaga dan mcm2 lagi tdk dijaga
adakah Allah akan memakbulkan doanya jk dia tdk mendgr arahan Allah S.W.T..
ia seolah-olah tidak apa tak ikut syariat tp solat kita berdoa
pada aku ia satu doktrin bahaya
perumpaannya seorang pekerja minta gaji lebih tapi bila bos suruh buat keja dia tak buat..hmm..mcm mana tu?

cerita begini kononnya dakwah tapi pada aku dakyah..

moga Allah melindungi pejuang agamaNya daripada tipu daya musuh

PERGINYA, AKU MENANGIS




Tika di Terengganu, tak sempat aku menulis perihal mujahid hebat seperti arwah Ustaz Hasan Shukri..
entah tergerak benar hati nak beli harakah sebab ingin benar mengetahui perihal apa yg terjadi
belum sempat bacaan aku habiskan, air mata udah berlinangan..sedih benar rasanya
bagaimana seorang mujahid terus isthiqomah dengan perjuangan
teringat arwah ust Fadzil Nor, katanya jika antum ada anak tiga tp masih isthiqomah
insyaallah antum akan isthiqomah..sekarang aku dah anak tiga..benar bagai dikata, hebatnya dugaan mendatang satu persatu, penat rasanya namun alhamdulillah setakat ini mampu lagi bertahan..
mcmmana agaknya nak terus isthiqomah seperti arwah ust hasan ni ?
pilu rasa hati takut jika tak mampu bertahan..
sebak mengenag pengorbanan beliau, apalh sgt aku ni

moga Allah menempat beliau dikalangan para mujahid
amin..

MAIN BOLA BOLEH, JUDI BOLA JANGAN




JOM BANTAH JUDI BOLA

SATU LAGI BANGANG

Assalammualaikum
kebangangan dewasa ini semakin menjadi-jadi
walaupun ada status Dato', Dr, Tan Sri, ADUN, wakil rakyat
semua dah nak jd bangang
bangang bila menteri kata media di Malaysia bebas
sbbnya ni lah, aku tgh kata org tu bangang
sbb blogger banyak la ni
nak tanya menteri, sapa eak yg dok baca blog2, masuk TVPAS dll ni ?
org kampung ada masuk tgk ka ?
ckp mcm budak tak pernah pi sekolah
cuba tgk surat khabr harian dah tau
cuba tgk media TV, dah tau dah
nmpk sgt mengampu dan berada pada sebelah pihak
jd kalu kata nak bg kebebasan, bg la pembangkang saluran TV ka, saluran radio ka
bg la surat khabra bleh edar setiap hari
baru bleh kata bebas

saya minta tlg jgn jd bangang
dan tunjukkan kebanganagan hangpa

tlg eak..

Tuesday, June 22, 2010

BANGANG...BANGANG..BANGANG..

Assalammualaikum

semakin bangang pemimpin Malaysia
semakin bangang pula Polis dibuatnya

Judi bola boleh pada syarikat yg diberi lesen sahaja
bookie lain, tak boleh kena tangkap
kata Menteri dgn cara ni kita dpat kurangkan perjudian haram

apalah bangangnya..

aku tgk tiap2 malam berita dok lapor perjudian tanpa lesen dok kena tangkap
pertaruhan smapai 307juta..mai aiiii..

apa cerita ni?
dah judi jelasnya haram, buat apa buat
kan negara kita negara Islam seperti Che Det kata kat dpn org Cina dulu
tak malu ka nak bg judi
Che Det kata bantahan judi individu
ni lg satu bangang
kalu dah berdemo satu malaysia individu kepala hotak apa??

vincent tan kata nak bg juta2 kat yayasan apa ntah
duit tu kalu mengalir ke dlm tubh anak2 muslim di sekolah2, di U, di mana pun
apa cerita ?

bangang..bangang..bangang

meluat dah aku tgk mufti2 dlm negara kita
majlis fatwa lg lah
mana dia yg dok bantai isu kalimah Alllah dulu

mana ??

MENINGKAT 72%-KERAGUAN YANG AMAT SANGAT

assalammualaikum

dah balik johor dah..

geli bulu ketiak tengokkan dapatan kajian terhadapa sokongan kpd PM
apa diaorang buat kajian ni kat budak sekolah tadika ke ( bkn PASTI) ?
kalu tadika bleh percaya sbb aku dulu pun bila diminta lukis gambar pemimpin yg disayangi, aku lukis Che DEt...

apa lah bangangnya!!!

terlalu banyak isu besar dan sensitif yang kita semua patut khuatir

isu kehilangan enjin, siu kebocoran maklumat pertahanan, isu perpindahan Kem Sg besi
isu JUDI HALAL, isu APCO, isu kapal selam, isu rasuah, isu perak, isu selangor
isu altlantuya, isu teoh beng hock, isu apa lg aku nk ingat

byk sgt isu yg berat2
untungnya kerajaan dpat alihkan perhatian dengan adanya Piala Dunia
SUKMA dan mcm2 lagi...

aku tak percaya..aku tak percaya..aku tak percaya..

Tuesday, June 15, 2010

AKU DI TERENGGANU

Assalammualaikum

salam pemboikotan
salam pencerahan
salam percutian


mohon maaf kepada pengikut yang dok tgk blog ni
ana sekeluarga di Kuala Terengganu
isteri berkursus
maka jadilah daku Mr Mama

ni pun cuba dapatkan tenet untuk siapkan 3 paper dan 1 technical report

wassalam

Thursday, June 3, 2010

DEKLARASI PEMUDA ISLAM SEDUNIA



dari blog http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Desakan tertumpu kepada :

a] Gerakan membangkitkan momentum anak - anak muda seluruh dunia agar mencetus gelombang besar menentang Israel dari seluruh dunia . Jumaat depan adalah hari himpunan aman seluruh dunia akan dilangsungkan bagi membantah dan mengecam tindakan jenayah zionis tersebut .

b] Menggesa supaya Majlis Keselamatan PBB segera bertindak ke atas Israel di atas pelanggaran hak dan peraturan dunia yang sangat ketara sekaligus menghentikan kekejaman Israel yang tidak berkesudahan .

c] OIC turut didesak agar bangun dari tidur yang lena untuk bertindak mengerahkan seluruh kekuatan OIC mendepani Israel zionis ini.

MAHASISWA HANTAR MEMORANDUM KEPADA PM MINGGU DEPAN

Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM 2 Jun - Salah seoang daripada empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang dituduh di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 kerana didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor 26 April lalu, Hilman Idham berkata kejayaan mendapatkan injuksi hanyalah langkah pertama dalam perjuangan mereka mendesak pihak berkuasa untuk mengkaji semula akta yang dianggap kebebasan mahasiswa.

"Mahkamah membenarkan injuksi sehingga 17 Jun ini dan dalam tempoh itu, pihak universiti tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap kami.

"Jika pihak UKM bersetuju untuk mengkaji semula AUKU, maka kami tidak akan meneruskan dengan injuksi tersebut kerana penilaian semula AUKU akan membatalkan dakwaan terhadap kami," kata beliau kepada Suara Keadilan.

Menurut Hilman, injuksi ex-parte ini akan dirujuk semula kerna injuksi diberikan dengan keterangan hanya satu pihak. Tambahnya lagi, jika pihak UKM berkeras untuk meneruskan dakwaan ini, maka pendengaran semula secara inter-parte terpaksa diteruskan.

Peguam mahasiswa tersebut, Ashok Kandiah menamakan Naib Chanselor UKM, Profesor Tan Sri Dr Sharifah Habsah Syed Hasan Shabudin sebagai defendan.

Mengulas mengenai langkah seterusnya, Hilman yang juga Presiden Kelab Sains Politik UKM berkata beliau bersama rakan-rakan beliau akan menghadiri kes seorang pelajar mahasiswa Universiti Sains Malaysia, Soh Sok Hwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jumaat ini bagi memberikan sokongan kepada mahasiswa berkenaan.

"Kami juga akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengkaji semula AUKU minggu depan di parlimen," kata Hilman lagi.

Sunday, May 30, 2010

CINTA DI RUMAH HASAN AL-BANNA

dari blog http://baituldakwah.blogspot.com/

posted by AMIN AL-KALANTANI at 12:41 PM
Assalamualaikum,

Bapa Ibu Yang Dimuliakan,

Selalunya apabila kita membaca perihal sejarah Syeikh Al Syahid Hassan al Banna;maka kita menjadikan beliau sebagai tokoh dakwah yang hebat,pemimpin islah yang mujahid,genius, cerdas dan murabbi.Maka banyaklah penulisan beliau yang kita baca dengan harapan kita dapat mengikuti tarbiyah dan dakwah kotemparari yang di bawa oleh beliau dan jamaah Ikhwan Muslimin. Namun dalam keghaihrahan kita mengutip ilmu -ilmu yang ditinggalkan beliau pada umat Islam,jarang sekali kita membaca perihal Syeikh Hassan al Banna sebagai model dan contoh ketua keluarga. (termasuk diri yg menulis ini)

Kebetulan saya terbaca dalam salah satu buku yang bertajuk "Cinta Di Rumah Hassan al Banna" yang ingin saya kongsikan dengan bapa ibu betapa hebatnya seorang tokoh yang mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT dalam membentuk rumahtangga yang pendakwah yang berjaya.Tajuk ini juga pernah saya bicarakan bersama dengan rakan-rakan perbincangan kami.Fokus catatan saya melihat bagaimana Hassan al Banna dalam mendidik anak-anak beliau seramai 6 orang (Yang sempat bersama beliau ialah seramai 4 orang)

Kita semua sedia maklum akan kesibukkan Syeikh Hassan apatah lagi beliau ketika itu adalah pemimpin kepada gerakkan Ikhwan Muslimin. Masanya banyak digunakan untuk Dakwah dan beliau banyak bergerak dari satu tempat ke satu tempat dalam menggerakkan ummah ketika itu.

Percaya atau tidak, bapa ibu yang dimuliakan- antara kelebihan Syeikh Hassan dalam mendidik anak-anakbeliau ialah:-

i) Sesibuk mana beliau,Sheikh Hassan akan memastikan untuk makan bersama dengan keluarga dan akan menggunakan kesempatan tersebut dalam memberi hak beliau terhadap keluarganya.

ii) Tidak pernah meninggikan suara samada pada anak atau isterinya nya walaupun ada tikanya beliau berada dalam keadaan tertekan.

iii) Mengambil berat tentang hal-hal anaknya.Beliau menyimpan data dan carta setiap anaknya yang antaranya ialah tarikh kelahiran,no kelahiran, sejarah penyakit anak,pelajaran anak-anak,disiplin anak-anak dan sebagainya.

iv)Menyediakan keperluan rumah- beliau akan memastikan keperluan rumah mencukupi dan mencatakan keperluan tersebut samada mencukpi atau tidak.

v) Dalam kesibukan ,beliau masih sempat mengikuti perkembangan pelajaran anak-anak nya dan memastikan anak-anaknya tidak ketingalan dalam pelajaran. Beliau sendiri akan menghubungi guru-guru jika anak-anaknya lemah dalam mata pelajaran tersebut.

vi) Beliau mengambil berat mengenai displin anak-anak dan mengambil berat tentang bahan bacaan yang dibaca oleh anak-anaknya. Jika anak-anaknya didapati membaca bahan bacaan yg tidak manafaat maka beliau akan memberi buku dan menasihatkan anaknya dengan cara terbaik.

v) Memastikan anak-anaknya mendapat belanja persekolah dan mendidik anak-anak membuat tabungan.

vi)Tidak menyusahkan isterinya. Pernah ketika mana beliau balik membawa sahabatnya di waktu malam dan isterinya telah tidur. Syeikh Hassan tidak mengejutkan isterinya malah beliau sendiri meyediakan minuman dan makanan untuk tetamunya itu.

vii)Amat teliti ketika balik rumah di waktu malam. Beliau akan membuka pintu dengan kunci secara perlahan dan tidak menggangu isteri serta anak-anaknya.

viii)Bermain bersama-sama anaknya ketika alapang.

Sebenarnya banyak lagi contoh yang diceritakan oleh anaknya dalam buku tersebut, Alangkah jauhnya perwatakkan beliau dengan diri ini. Ketika mana saya menceritakan perkara ini pada rakan-rakan saya,maka kami akui betapa lemahnya kita berbanding dengan beliau . Saya memberitahu antara kesilapan besar saya sebelum ini adalah dengan menyerahkan hal pendidikan pada isteri saya dan ternyata kudrat dan keupayaan merka mempunyai batasan.Alhamdulill ah Allah SWT masih menyayangi kami ketika itu kerana memberi kesedaran betapa si bapa harus berperanan besar dalam menentukan arah dan halatuju anak-anak ini.

Memang benar kata salah seorang rakan kami-jika nak tahu samada kita berjaya atau tidak dalam pendidikan anak-anak ialah bilamana dia menjadi kita sebagai idola dalam kehidupannya, kalau nak cari jodoh maka si anak akan katakan yang dia ingin kan pasangannya sepertimana bapa atau ibunya!!!!!. Jika dalam berdakwah dialah yang menjadi penyambung pada warisan ibu bapanya.

Semoga sedikit catatan ini dapat menyedarkan kita khususnya kaum bapa bahawa peranan mendidik anak-anak harus dipikul sepenuhnya oleh sibapa dan siibu menjadi pelengkap kepada terbinanya generasi anak-anak soleh dan solehah.Ibarat matahari dan bulan yang lengkap menlengkapi antara satu sama lain.

Sesibuk mana atau sehebat mana si bapa dalam berdakwah;luangkanl ah masa untuk memberi hak pada anak-anak dan pada isteri anda kerana kegagalan kita mendidik-mendidik anak-anak dan isteri akan menyebabkan fitnah pada gerakan Islam.

GULA, SINI PUN TAKDAk

Assalammualaikum dan salam pencerahan

gula ada tak ? gula takde, mungkin esok kot ada
dtg esok, gula ada tak ? mungkin esok kot ada

itulah ayat2 biasa 2,3 kedai di parit raja ni
bengang jugak bila gula dikatakn tak cukup di kelantan dan kedah
johor pun tak cukup daaa

ada kajian baru sahaja dibacakan oleh penyampai MHI semalam
rakyat Malaysia dapat kurangkan risiko terkena penyakit dengan kurang makan gula
sekali dengar, ye betul kenyataan itu
dua kali dengar macam cuba menutup kelemahan dan kehampesan yang berlaku

jika benar rakyat Malaysia ingin kurangkan risiko penyakit
gula boleh kurang, TAPI ROKOK KASI HARAM LA
rokok mmbw bermacam penyakit
merugikan, membantu dana Yahudi

cdgn nak mansuh subsidi gula, baguih2..
rokok tak payah mansuh, KASI HARAM LA

apasal tak berani ? ada banyak masyuk ka ?
subsidi gula mansuh amsyuk juga di samping rakyat sihat
rokok tak blwh haram nanti tak masyuk

judi lagi jgn haram, duit tgh takdak ni
bukan main judi, amik untung ckit ja
kasi masyuk poket sendiri...

kepala pening la ni
jgn ada fatwa mangkuk keluaq plak
lagi pening lah jwbnya

itulah, Malaysia..

Thursday, May 27, 2010

AIR bersih, DI MANA KAU ?

Assalammualaikum

dah dua bulan air dicatu di Parit Raja ni
yang peliknya hujan hari-hari
yang peliknya ada pulak taman2, rumah yang tak kena catu
siapakah mereka ? doktor, lawyer, majistret ke ahli muzik ?
apakah ini langkah penjimatan bg kos penyelenggaraan dan kos perkhidmatan ?
entahlah..sana rugi, sini rugi
sana nak muflis, sini nak muflis
sana kena saman, sini kena saman

pelik sungguh orang Parit Raja ni
berbelas tahun gunakan air dengan klorin kuat, berkarat

dua, tiga hari lepas seorang Juruteknik mengalami sakit pundi kencing dan sakit sehingga pinggang belakang
nasihat para juruteknik ni, baik guna air mineral..belilah berkotak-kotak pun takpa
takpun pi cari air bukit..lagi bagus

tup..tup..keta pulak ni buat hal..dah la nak pi Terengganu
radiator kurang berfungsi..maka bertanyalah daku pada Juruteknik
maka salah satunya adalah faktor air Parit Raja
air berkarat akan menutup liang-liang 'fin' yang menggangu aliran udara dan air
hmm..air jugak..lalu bertanya pula daku pada kedai keta
cadangan akak mekanik, kalu nak masukkan air, amik air yang dari tangki
jangan direct dari pili utama
air jugak..
PASNI, BUKAN KOLAM SAYA PUN GUNAKAN BIO AURA
TAPI KETA SAYA PUN MINUM BIO AURA

bengang betoi bila Kedah, Kelantan dan baru2 ni Hulu Selangor kena hentam faktor air
ni hangpa nak tau, berbelas tahun punya cerita air Parit Raja air teruk bangat ni

apa nak jadi ni?
orang sakit, keta sakit

Wednesday, May 26, 2010

TAATILAH SUAMI MU ......... syurga menanti anda

Assalammualaikum
ada lagi artikel menarik dari blog ustaz yusof embong


Pernikahan adalah salah satu nikmat Allah yang diberikan kepada laki-laki dan perempuan dengan kadar yang sama dan berimbang, ia adalah wujud kecintaan, kasih sayang, mementingkan pasangan, saling memberi dan menerima

jom pi baca
http://yusofembong.blogspot.com/

SUBUR CINTA MENITI USIA - bercerai di usia emas?

Assalammualaikum
tajuk di atas juga merupakan gejala tidak sihat kini,
ada lagi gejala lain seperti isteri pertama mesti solehah, ahli gerakan
tapi isteri kedua biar sedap mata memandang..maka surplus menjadi-jadi..
banyak lagi..
kita fokus tajuk di atas dulu

dari blog ustaz yusof embong

http://yusofembong.blogspot.com/

BAITUL MUSLIM, MUKMIN INGINKANNYA, TAPI !!!

Di bawah adalah Artikel yang dipetik dari saifulislam.com... moga terjawab segala persoalan pada hati-hati yang terduga dengan istikharah.....

“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”

Sepucuk emel dihantar kepada saya.

Beristighfar dan mengurut dada.

Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.

Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.

Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?


MEMBELAKANGKAN ILMU

Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?

Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.

Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.

Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:

“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”

Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.

Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.

Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:

Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).

Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.

ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH

Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.

Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:



“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”

Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.

Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.

Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.



Berhentilah mencari mimpi.

Berhentilah menunggu petanda.

Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.

Ia mungkin mainan Syaitan.



“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]

KESIMPULAN

1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Tuesday, May 25, 2010

MASEHI-MAKSUD DISEBALIKNYA

Assalammualaikum
hari ini seperti biasa berada di Lab untuk praktikal
banyak benar perkara ingin diselesaikan
pertama, charge bateri
bincang dengan rakan RA
bincang Supervisor
satu persatu selesai tp ada juga belum selesai
menjelang tengahari, sahabat lama, Mohamad Qomar student master dari mesir
bersembang punya sembang dengan english yang terlalu broken janji dia faham, aku faham oklah..
di akhir, entah macam mana,terbuka pula fail dan ternampaklah sijil nikah daku
lalu ku tunjukkan pada Qomar..sembang punya sembang, Qomar terperasan satu perkatan mim sin ha ya ( masehi dalam jawi)..lalu dia bertanya apa maksudnya
sebutlah tarikh kawin 2006 tahun masehi..dia agak terkejut
pelik juga, kenapa ni ????....rupa2nya maksud masehi adalah al-masih
yg dikenali orang kristian..dia ingat kami kawin guna cara kristian..nauzubillah
lalu bgtau dia memang kat Malaysia, tahun orang putih kita panggil masehi
dia kata dekat arab, jika guna masehi maka diorang anggap kita kristian..nauzubillah
jadi dia suggest guna mim ya lamalif dal ya..milladi..membw mksd yang lebih selamat
amat menakutkan daku..selama ni tak tau pun..alhamdulillah..dah belajar satu perkara
penting yang daku kira boleh merosakkan aqidah sedikit demi sedikit..

sampai2kan..ke daku je tak tau nii... : )

Menyangkal Artikel YADIM Tentang Isu Halal Judi Dan Arak

11 Jamadil Akhir 1431 H
ibnuirfadzil.blogspot.com

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani”

Akhbar Utusan Malaysia pada hari Isnin bertarikh 24.5.2010 telah menyiarkan satu rencana yang telah dikarang oleh saudara Mohd Shauki Abdul Majid, pengurus penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIEM) yang bertajuk ‘Kerajaan Tidak Menghalalkan Judi dan Arak’.

Rencana itu dikarang dengan tujuan menjawab isu lesen perjudian bola sepak yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Di dalam rencana tersebut pengarang mendakwa bahawa pemberian lesen perjudian tersebut tidak bercanggah dengan kaedah siasah syariyyah sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w dan Saidina Umar al-Khattab.

Namun setelah diteliti dengan mendalam mengikut nas-nas al-Quran dan hadis serta kaedah syarak, rencana tersebut secara jelas tidak dapat memberikan hujjah yang benar dan didapati banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh pengarang dalam usaha membenarkan dakwaan beliau. Secara ringkas, pengarang mahu menyamakan hukum berkaitan arak dengan hukum perjudian yang mana membenarkan sebuah negara membuka ruang aktiviti perjudian sebagaimana arak dibenarkan kepada bukan Islam berdasarkan maslahah. Di sini pihak saya akan menyatakan kesilapan-kesilapan tersebut berdasar beberapa perkara dibawah:

Kesilapan Pertama:

Pengharaman judi disamakan dengan pengharaman arak

Dalam muqaddimah rencana tersebut, pengarang telah menyebut perihal pengharaman arak secara beransur-ansur (tadarruj) sebagaimana yang tersebut di dalam Al-Quran pada surah Al-Baqarah (ayat 219), surah Al-Nisaa’(ayat 43) dan surah Al-maidah (ayat 90). Tujuan pengharaman arak secara beransur-ansur adalah untuk meraikan keadaan dan suasana umat Islam pada ketika itu yang masih lagi dalam peringkat pembinaan iman. Pengarang walaubagaimana pun telah menyamakan pengharaman judi dengan arak semasa mengulas ayat 43 surah al-Nisaa’ dengan kata beliau:

“Pada peringkat kedua, Allah SWT menurunkan ayat selanjutnya, iaitu ayat 43, surah al-Nisa. Antara kandungannya ialah Allah melarang orang Islam menunaikan solat ketika mereka mabuk, sehinggalah mereka benar-benar mengetahui apa yang mereka bacakan. Pada tahap itu, arak dan judi masih belum diharamkan secara tegas.”

“Akhirnya, Allah menurunkan firman-Nya dalam surah al-Maidah, ayat 90 yang dengan tegas mengatakan bahawa arak, judi, menyembelih korban untuk berhala dan nujum adalah lebih keji dan lahir daripada perbuatan syaitan.”

Pada hakikatnya pengharaman judi tidak boleh disamakan dengan pengharaman arak dari sudut tadarruj (bertahap). Pengharaman judi sebenarnya adalah sama dengan pengharaman zina, bunuh, mencuri, merompak dan lain-lain yang mana pengharamannya datang secara terus tanpa disebut secara bertahap sebagaimana pengharaman arak kerana mudarat aktiviti perjudian amat besar kepada masyarakat berbanding arak yang mana ia digunakan juga untuk aktiviti lain seumpama tujuan perubatan oleh masyarakat pada ketika itu selain daripada minuman.

Oleh itu pengharaman sekaligus telah diwahyukan oleh Allah dalam surah Al-Maidah ayat 90. Maka jelaslah di sini pengharaman secara bertahap adalah dikhususkan untuk arak tidak termasuk judi dengan hikmah tertentu. Walaupun pengharaman judi tidak disebut di dalam al-Quran sebagaimana arak tetapi ia tidak bermakna judi dihalalkan oleh Islam sebelum dinyatakan secara jelas di dalamnya. Kalaulah kaedahnya begitu, maka perbuatan lain seperti membunuh, merompak dan berzina dikira halal sebelum diharamkan oleh al-Quran.

Kesilapan Kedua:

Mendakwa dalil orang bukan Islam boleh meminum arak berdasarkan perbuatan Rasulullah s.a.w menyuruh para sahabat membayar ganti rugi(dhoman) terhadap bekas arak yang dipecahkan.

Pengarang berkata:

“Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, beberapa sahabat memecahkan tempat menyimpan arak milik bukan Islam. Rasulullah telah meminta supaya para sahabat berkenaan membayar diat (ganti rugi) yang jumlahnya setimpal dengan nilai barangan yang telah dirosakkan. Ini boleh dijadikan asas bahawa orang bukan Islam boleh meminum minuman yang memabukkan atau memprosesnya selagi tidak memudaratkan orang lain”

Pertama, pengarang mengistilahkan ganti rugi dengan perkataan diat. Istilah tepat yang sepatutnya digunakan mengikut ilmu feqh adalah dhoman. Kedua, hadis tersebut langsung tidak menyebutkan orang bukan Islam harus minum arak secara jelas (sorih) atau melalui mafhumnya (samada mafhum muwafaqah, mafhum mukhalafah dan lain-lain yang digunakan untuk memahami nas).

Ketiga, Rasulullah menyuruh para sahabat membayar ganti rugi adalah kerana merosakkan harta iaitu bekas-bekas yang masih boleh digunakan sedangkan yang diharamkan adalah arak bukan bekas-bekas tersebut. Bekas-bekas tersebut tiada kaitan dengan pengharaman arak.

Keempat, hukum bukan Islam meminum arak di dalam syariat Islam juga adalah berdosa dan dihisab pada hari akhirat. Ini kerana mengikut pendapat yang paling kuat di sisi para ulama, bukan Islam juga ditaklifkan dengan perkara furu’ (seperti solat, zakat dan lain) sebagaimana mereka ditaklifkan dengan perkara usul (iaitu beriman dengan Allah). Maka tiada dalil yang membenarkan atau mengharuskan perbuatan tersebut mengikut nas Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Cuma perkara yang membenarkan mereka meminum arak adalah berdasarkan dasar toleransi Islam itu sendiri yang membenarkan penganut agama lain yang berada dalam negara Islam melakukan aktiviti yang dibenarkan oleh agama mereka seperti meminum arak dan memakan daging khinzir. Sesebuah negara Islam itu tidak boleh menghalang mereka dalam soal tersebut. Ianya berlainan dengan judi yang tidak dibenarkan atau dihalalkan oleh mana-mana agama utama di dunia. Oleh itu Khilafah Islamiah sejak dahulu tidak membenarkan judi kerana diharamkan oleh seluruh agama di dunia. (Rujuk Ghairul Muslimin Fi Mujtama’ Islami, Dr. Yusuf Al-Qaradawi, ms 47-48, cetakan Maktabah Wahbah, Kaherah)

Seterusnya pengarang berkata:

“Namun, mereka perlu sedar bahawa perbuatan tersebut bercanggah dengan ajaran umat Islam. Jika mereka hendak meneruskan juga perbuatan itu, maka hendaklah dilakukan secara yang tidak mengganggu umat Islam seperti di tempat-tempat khusus dan tersembunyi.

Pengajaran dan pembinaan hukum Islam seperti dalam kes pengharaman arak ini amat sesuai dengan situasi yang wujud di Malaysia, iaitu umat Islam dan bukan Islam hidup bersama dalam sebuah entiti negara.”

Kemudian pengarang berkata lagi:

“Prinsip itu terkandung dalam siasah syariah. Imam Syafie r.a. dalam kitabnya Asybah Wa al-Nazair ada membincangkan satu kaedah yang bermaksud: Pemimpin seharusnya bertindak ke atas rakyatnya berdasarkan kesesuaian maslahah (kebajikan dan kepentingan umum).”

Memang diakui sekiranya bukan Islam ingin melakukan aktiviti yang dibenarkan oleh agama mereka tetapi diharam oleh Islam (seperti kes minum arak), maka hendaklah dilakukan ditempat khusus dan tersembunyi supaya tidak menyinggung perasaan umat Islam. Tetapi persoalannya, adakah perkara ini betul-betul diangkat menjadi undang-undang Malaysia atau diamalkan secara baik?

Apa yang terjadi adalah berlawanan sebagaimana yang dakwaan-dakwaan yang terdapat di dalam rencana tersebut yang berkaitan dengan arak. Kita boleh lihat sendiri arak dijual secara berleluasa tanpa kawalan, dihidangkan di dalam hotel-hotel, dijual oleh peramugari beragama Islam di dalam kapal terbang, kilang yang terbesar di Asia Tenggara dan diminum serta dijual secara terbuka oleh orang Islam sendiri. Adakah wujud satu kaedah khusus dalam Islam yang membenarkan sebuah negara menjalankan aktiviti perniagaan arak sampai ke tahap itu? Di mana maslahah yang didakwa?


Keadah yang disebutkan oleh pengarang sedikit pun tidak tepat dengan realiti yang berlaku ataupun boleh dianggap telah menyeleweng daripada maksud yang tujuan asal. Apa yang berlaku sekarang adalah satu mafsadah dan bukan maslahah. Adakah tepat sekiranya semata-mata ingin menjaga satu kepentingan kita mengundang satu kecelakaan kepada umat? Adakah sama perbuatan Saidina Umar mengutip cukai import arak dengan keadaan sekarang? Itu adalah persoalan kepada pengarang kerana saya tidak mahu membahaskan persoalan maslahah di dalam Islam secara panjang lebar kerana isu yang diulas adalah berkaitan judi.

Kesilapan Ketiga:

Pengarang silap menyebut kaedah syara’

Samada secara sedar atau tidak, pengarang sebenarnya telah melakukan kesilapan dalam menyebut satu kaedah penting iaitu katanya:

“Malah dalam usul fikah juga terdapat perkara yang menekankan menangani bahaya yang khusus adalah lebih diutamakan daripada bahaya yang umum (yang boleh melibatkan kemudaratan yang lebih besar).”

Kaedah yang sebenarnya adalah berbunyi, “menangani bahaya yang umum (melibatkan masyarakat umum atau lebih besar) lebih diutamakan daripada bahaya khusus (yang bersifat peribadi dan kecil).

Bagi sesiapa yang mempelajari Fiqhul Muwazanah (rujuk Siasah Syariyyah, Dr. Yusuf al-Qaradawi, m.s 300-301, Maktabah Wahbah, Kaherah) akan memahami dengan mudah kaedah tersebut. Kaedah yang sama dalam bahasa arab berbunyi:

"دفع المفسدة العامة يقدم على المفسدة الخاصة"
Mengelak kemudaratan umum lebih utama daripada yang khusus

"ضحى بالمصلحة الخاصة من أجل المصلحة العامة"
Dikorbankan maslahah khusus kerana menjaga kepentingan umum

"يتحمل الضرر الأدنى لدفع الضرر الأعلى"
Ditanggung mudarat yang lebih kecil kerana mengelakkan mudarat yang lebih besar

"يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام"
Ditanggung mudarat yang khusus untuk mengelak mudarat yang umum

Semua kaedah di atas mempunyai maksud yang hampir sama iaitu menjaga kepentingan umum diutamakan dengan menggadaikan kepentingan khusus atau mengelakkan bahaya yang lebih besar dan yang melibatkan masyarakat secara amnya perlu diutamakan dengan hanya menanggung bahaya yang lebih kecil atau khusus.(Qawaid Fiqhiyyah, Dr. Abdul Aziz Muhammad Azzam, m.s 144, Darul Hadith, Kaherah)

Pengarang berkata:

“Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, beliau pernah mengenakan cukai import ke atas minuman keras yang dibawa masuk dari luar negara. Hasil kutipan tersebut dimasukkan ke dalam sumber am negara dan dibelanjakan untuk pengurusan infrastruktur seperti jalan raya.

Ini menggambarkan suatu pemerintahan yang bijaksana apabila pengimportan najis tersebut dibenarkan dan dikawal. Maksudnya, pemerintah telah mengambil langkah memilih bahaya (kemudaratan) yang sedikit daripada bahaya yang lebih besar.”

Untuk pengetahuan pembaca, kaedah yang digariskan adalah kaedah“menanggung bahaya yang lebih ringan daripada dua bahaya atau Irtikab Akhaffu dharurain”. Maksudnya lebih kurang kaedah di atas. Selain itu, soal yang dilaksanakan oleh Saidina Umar adalah berkaitan arak dengan berdasarkan toleransi Islam dengan bukan Islam seperti yang telah saya nyatakan tadi dalam perbahasan kedua. Kerajaan Islam yang dipimpin oleh sahabat Nabi Muhammad yang agung ini tiada kena mengena sedikit pun dengan urusan perjudian.

Selain itu juga, kaedah ini juga tidak terpakai dalam isu judi kerana memberikan lesen perjudian pada hakikatnya akan menimbulkan darurat yang lebih besar kepada negara bahkan menggalakkan aktiviti perjudian di kalangan rakyat kerana mendapat ‘lampu hijau’ daripada kerajaan. Mereka juga tidak menanggung risiko penanggkapan polis.

Oleh itu, sekiranya kaedah ini ingin digunakan maka yang sepatutnya yang dilaksanakan ialah kerajaan seharusnya mengharamkan aktiviti perjudian dan menangkap mereka yang berjudi sekalipun terpaksa mengorban harta, masa dan tenaga kerana risiko pengorbanan itu lebih ringan berbanding membiarkan rakyat terjebak dengan aktiviti yang keji lagi mempunyai mudarat yang besar. Dengan itu, barulah kaedah yang tersebut di atas tepat pada perlaksanaannya sebagaimana yang disebut oleh para fuqaha’ serta kerajaan juga dapat mendidik masyarakat agar tidak terjebak dengan arak dan judi.

Kesilapan Keempat:

Menqiyaskan hukum arak dengan hukum judi

Kesilapan yang paling utama dan juga tujuan utama rencana ini dikarang adalah untuk membenarkan tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi dengan membawa dalil-dalil yang mengharuskan perniagaan arak dalam negara Islam.

Maaf, saya ingin katakan bahawa pengarang belum memahami selok belok ilmu siasah syariyyah dengan baik atau memahami ilmu qawaid fiqhiyyah secara sempurna sehinggakan dalil yang dibawa untuk mengharuskan arak dijual dalam negara Islam pun banyak menyeleweng dan salah. Apatah lagi ingin menggunakan hujjah tersebut untuk menghalalkan aktiviti perjudian. Pengarang telah menyebut dalam rencana tersebut:

“Inilah persepsi yang sepatutnya difahami apabila kerajaan mengizinkan pengimportan ke atas arak, atau mengeluarkan lesen judi. Kerajaan juga tidak menghalalkan arak dan judi atau mendorong dan menggalakkan rakyatnya berjudi dan meminum arak.”

“Tegasnya arak dan judi adalah untuk mereka yang bukan beragama Islam, yang menjadikan judi dan arak itu sebagai lumrah dalam kehidupan mereka. Lagi pun undang-undang dalam enakmen syariah di setiap negeri ada memperuntukkan fasal-fasal yang menjatuhkan hukuman ke atas kegiatan dan penglibatan umat Islam dalam kes judi dan arak.”

Sekali lagi ingin saya nyatakan bahawa Islam tidak membenarkan langsung aktiviti perjudian kerana semua agama di dunia tidak menghalalkannya. Ini berlainan dengan isu arak yang mana ia merupakan hak bukan Islam untuk meminumnya dalam negara Islam kerana ia dibenarkan oleh sebahagian agama mereka walaupun Islam meletakkan piawaian tertentu untuk mengelakkan berlaku kemudaratan. Hak ini samalah dengan hak mereka untuk beribadat di kuil-kuil, merayakan hari kebesaran agama mereka dan lain-lain.

Kesimpulan hujjah yang didakwa pengarang ialah judi diharamkan bersama arak yang mana pengharamannya secara bertahap. Judi juga adalah amalan dan budaya jahiliyyah seperti arak maka hukumnya adalah seperti arak. Memberikan lesen judi pula adalah daripada satu perinsip pemimpin negara untuk menjaga maslahah umum dan menanggung mudarat yang ringan.

Setelah dijawab satu persatu maka jelaslah dalil-dalil tersebut adalah dalil rekaan yang tidak berdasarkan keilmuan yang jitu dan tidak menepati realiti. Mereka yang benar-benar mengkaji hukum dan tarikh tasyri’ sangat mudah untuk mematahkan hujjah yang dangkal tersebut.

Tegasnya, mengqiyaskan soal arak dengan soal judi dalam persoalan ini adalah Qiyas maal fariq. Sejarah Islam belum pernah mencatatkan mana-mana kerajaan di bawah mana-mana Khalifah membenarkan aktiviti judi kerana judi itu seolah-olah telah membunuh aktiviti ekonomi rakyat.

Akhir sekali, saya menyeru dan mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya mengharamkan aktiviti perjudian dan menasihati kepada golongan agamawan dalam sektor-sektor kerajaan supaya berani menegur kesilapan dan bukannya mengeluarkan fatwa yang menyeleweng. Saya memohon ampun sekiranya jawapan ringkas ini mengandungi kelemahan. Wallahu A’lam.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 3:25 PM