Kata semangat

"..bahwa melawan Israel itu, janganlah hanya dengan suara ataupun tulisan, tapi dengan berperang mengangkat senjata melawan kebiadaban Israel. Juga janganlah menyebut Al Qoida, Taliban, dan para mujahidin sebagai teroris. Karena itu adalah seruan dari Amerika dan sekutunya, termasuk Israel. Tetapi teroris yang sebenarnya adalah Israel..." Ustadz Abu Bakar Ba'asyir.

MIZAM WORLD

MIZAM WORLD

Monday, April 18, 2011

Rahim Thamby Chik tidak faham Islam.., bekas mufti WP

DR BLOG : PERAKITE.BLOGSPOT.COM

Nabi Muhammad s.a.w berkata mereka yang terlibat dalam fitnah bukan sebahagian daripada komuniti Islam.
Petikan itu disebut oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Hashim Yahya.
"Adalah sesuatu yang mengarut apabila beliau (TS Abdul Rahim Thamby Chik) mengatakan yang beliau mendedahkan video seks demi kebaikan masyarakat. Ia menunjukkan bahawa beliau tidak faham Islam," kata beliau.
Beliau berkata demikian pada satu forum di Ampang.
Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir pula menekankan bahawa rakaman video tidak boleh digunakan di mahkamah syariah memandangkan soal ketulinan boleh dipersoalkan.
"Tidak pernah video atau foto digunakan sebagai bukti dalam tuduhan berzina. Malah, penggunaan DNA juga tiada konsensus di kalangan ulama.
"Secara peribadi, DNA hanya dibenarkan jika ujian makmal dikendalikan oleh seorang Muslim yang alim," katanya.
Anggota gerakan Saf Anti Fitnah (SAF), Mohd Azmi Abdul Hamid pula berkata, media, khusunya media arus perdana mempunyai peranan besar dalam menghentikan penyebaran fitnah.
"Media seharusnya tidak bersubahat menyebarkan fitnah dan mencetuskan keraguan di kalangan masyarakat Islam," katanya sambil menegaskan bahawa kalangan ulama tidak membisu dalam isu berkaitan video seks (yang didedahkan) tetapi media tidak memberi perhatian pada pandangan mereka.
"Mereka yang membenarkan dan tidak mengatakan apa-apa mengecam fitnah juga bersalah tidur atas katil syaitan," katanya.