Kata semangat

"..bahwa melawan Israel itu, janganlah hanya dengan suara ataupun tulisan, tapi dengan berperang mengangkat senjata melawan kebiadaban Israel. Juga janganlah menyebut Al Qoida, Taliban, dan para mujahidin sebagai teroris. Karena itu adalah seruan dari Amerika dan sekutunya, termasuk Israel. Tetapi teroris yang sebenarnya adalah Israel..." Ustadz Abu Bakar Ba'asyir.

MIZAM WORLD

MIZAM WORLD

Wednesday, October 7, 2009

SELAMAT HARI RAYA



ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

selamat hari raya diucapkan pada semua
mg ramadhan yg pergi mampu membentuk diri kita sebagai seorang dae'
mg syawal mendatang terus menjadikan kita isthiqomah

mohon maaf dipinta jk tersalah
mohon halalkan jk ada kiranya

SEKITAR PENGKEBUMIAN MUJAHID NORDIN MAT TOP

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

perginya seorang mujahid membawa seribu pengertian
bumi pun marah barangkali kerana perginya dia
jk diperhatikan ketika perginya Dr Azhari, Imam Samudera dll
ada shj musibah melanda
boleh jg direnung-renungkan
mg Allah menempatkan mereka di kalangan para syuhada'



Monday, September 7, 2009

NUZUL AL-QURAN

assalammualaikum dan salam ramadhan
hari ini ramdhan mececah hari ke 17 yg juga tarikh turunnya Al-Quran
Nuzul Al-Quran ini adalah salah satu keistimewaan bulan ramdhan..
sama-samalah kita memperbanyakkan amal ibadah di bulan ramadan
moga2 bengkel yang kita hadapi selama sebulan ini dapat membina kekuatan di dalam diri untuk menempuh hari-hari mendatang

Thursday, September 3, 2009




Assalammualaikum dan salam ramadhan
kita kini sudah sampai ke pertengahan ramadan, teresa cepatnya masa berlalu
terasa lemahnya diri ini kerana masih kurang beribadah padaNya..Sepanjang 13 hari ramadan, hanya sekali sahaj sempatku solat di surau iaitu Surau Taman Melewar. itupun setelah dijemput adik JKK TM..Setelah mengimamkan solat isyak kemudian memberikan sedikit tazkirah berkaitan nasihat luqman pada anaknya, diri ini mula kelam-kabut melihat gelagat anakku amir naqiuddin yang berlari ke sana-sini. Tn Hj Ali Suradin seorang warden yangku kagumi berkata " biarkanlah dia"..hmm...anakku sayang..tiba solat terawih yang diimamkan seorang pelajar dari Somalia yg hafiz Al-Quran.. 2 Rakaat berlalu aku pun pulang kerana risau melihat anakku yang menggnggu jemaah lain. itu lah sahaja solatku di surau. Terawih witirku hanya di rumah. Alhamdulillah aku mampu melakukannya walau bermacam gelagat anak-anakku..alhamdulillah aku mampu mengikuti tadarus Al-Quran di masjid hasil anjuran Unit Masjid UTHM selepas zohor. Masa-masa beginilah ku ambil untuk beribadah. Namun tidak ku kata anak itu pembawa kesukaran tetapi anak itu adalah rahmat Allah yang tidak ternilai. Anak itu penyeri hidup. Anak itu membahagiakan..biasalah budak2.aku pun macam tu juga dulu..

Thursday, August 27, 2009

APA ISU SEBENAR ?

assalammualaikum dan salam muhibbah

kena hati2 dgn isu ini, bimbg manipulasi menybbkan masyarakat nampak undang2 islam yg zalim, mhn pihak berwajib jelaskan cara islam yg sbenarnya
bimbang ada agenda tersembunyi mahu diketengahkan

berikut bbrpa info berkaitan cara sebat dlm islam dan barat:

Menteri kata sebat cara sekular zalim, cara Islam adil
Oleh : Suara N9

Akhirnya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara tidak langsung mengakui sebat cara sekular zalim manakala sebat cara Islam adalah adil.

SEBAT CARA ISLAM

1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SEKULAR

1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar

Wednesday, August 19, 2009




assalammualaikum dan salam takziah
entah mengapa diri merasa sangat hiba mengenangkan pemergian Ust Asri
apatah lagi pemergian beliau mengingatkan kepada pemergian warga nasyid lain dari Raihan dan Hijjaz...moga sinar dakwah melalui nasyid ini mampu memberikan kesedaran kepada umat Islam..moga Allah S.W.T. menempatkan mereka bersama-sama orang yg diredhoiNya..



assalammualaikum dan salam ramadan
jadikanlah ramdahan ini seumpama ramadahan yg terakhir
moga kita semua lebih bertambah iman dan taqwa
moga kita semua lebih teguh isthiqomah dengan perjuangan
moga kita semua cemerlang dalam kehidupan

Wednesday, August 12, 2009

H1N1 ..bala dari Allah

Assalammualaikum dan salam muhibbah
dunia gempar dengan hadirnya penyakit berjangkit H1N1 yang sudah membunuh ramai manusia di seluruh dunia. Biarpun di dalam WHO dipenuhi dengan pakar2 penyakit, namun masih tidak ketemu lagi vaksin yg mampu mencegah dan merawat virus bahaya tersebut. Apa yang pasti setiap musibah itu pasti ada sebabnya, maka dengan itu marilah kita sama-sama berdoa dan bermunajat kepada Allah S.W.T. agar kita semua di dalam lindunganNya...

Friday, July 31, 2009




assalammualaikum dan salam perpaduan
kenangan terindah mengamit rindu yang tidak sudah....

Tuesday, July 28, 2009

KELUARGA, KERJAYA DAN DAKWAH



PETIKAN DARI BLOG AMIN AL-KALANTANI

Kunci kepada pengurusan kerjaya, keluarga dan dakwah terdapat dalam surah al-taubah ayat 24.

Maksudnya :
Katakanlah : “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kamu keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiaanya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq”.

Apabila kita mentadabbur ayat ini, maka jelaslah bahawa jihad di jalan Allah SWT (dalam bentuk menyampaikan Islam, memperjuangkan, mempertahankannya) adalah lebih utama berbanding ahli keluarga dan pekerjaan kita sendiri.
Tuntutan kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulnya berada pada tingkat yang utama berbanding yang lain. Ini merupakan kunci pengurusan yang jelas kepada anggota gerakan DAKWAH Islam.

Tawazun dalam rumahtangga, kerjaya & dakwah


Ada tiga elemen yang perlu diseimbangkan :

Q. Di antara kecintaan kepada isteri dan anak-anak dengan kecintaan kepada Allah dakwah dan jihad.
R. Di antara kecintaan kepada keselesaan hidup bersama keluarga dengan kesungguhan berdakwah di tengah tengah masyarakat yang sangat mencabar.
S. Di antara kecenderungan untuk memberikan kesenangan hidup keluarga dengan harta benda dengan tuntutan berbelanja ke jalan Allah SWT.

Kesimpulan

Dalam memastikan kita sentiasa istiqomah di dalam perjuangan Islam, maka kita perlu mengimbangkan antara kerjaya, keluarga & dakwah. Faktor utama di sini ialah tugas dan tanggungjawab kepada Allah SWT lebih utama berbanding yang lain.
Pada waktu yang sama, ia tidak bermakna kita menidakkan hak kepada ibubapa, isteri, anak-anak dan saudara mara. Kepada ibubapa, isteri, anak-anak dan saudara mara ada tuntuntan sendiri yang perlu dilaksanakan oleh orang-orang yang beriman mengikut panduan Allah SWT dan RasulNya.
Apabila bertembung kepentingan jihad dengan peribadi dan keluarga, maka mestilah diutamakan kepentingan jihad. Secara realitinya, jika pertembungan ini benar-benar berlaku maka mestilah mendapat nasihat kepimpinan & jamaah bagaimana kita ingin memutuskannya.

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

Amin al-Kalantani


Semakin banyak isu-isu di Malaysia..kematian Teoh, Tanah Runtuh, Jambatan runtuh, stadium runtuh, dan lain-lain lah..boleh lah panggil diorang SEGERA...mana tau ada kes-kes 'terselindung'.....

ISTERI SOLEHAH



Bahagianya hidup ini

Tuesday, July 21, 2009

ITTHO, KUiTTHO dan UTHM VOL 2

Assalammulaikum dan salam perpaduan
alhamdulillah masih mampu menaip lagi pada hari ini..nak cerita lagi pasal "u" ku ini..skrg sungguh bnyk bezanya. Ketika ini aktiviti2 pelajar sangatlah sedikit jika dibanding dengan dahulu. Kelab2 dan persatuan2 kelihatannya bertambah namun tiada pula bertambh program yang dilaksanakan. Kalau dahulu pertandingan2 sukan begitu banyak sekali. Piala KPI, Piala KJ Mekanikal , piala itu ini dan lain-lain lah. Sehinggakan kelas saya mempunyai dua pasukan bolasepak dgn nama PENAT-PENAT FC. Siap ada pengurus.Banyak sekali pasukan2 ketika itu. Itu dari segi sukan. Dari segi prgm2 lain juga berkurang. Selidik punya selidik, bincang punya bincang ada beberapa sebab yang menybbkan perkara ini berlaku. Antaranya : 1)budget yg susah dpt dan sedikit , 2) bebanan akademik yg berat ( PBL , projek hampir setiap subjek mnybbkan hujung minggu adalh hari discussion dan cari bahan), 3) subjek pun ada prgm ( lawatan, pameran, pertandingan, khidmat masyarkat, projek, presentation cara grand), 4) pejabat kelab2 jauh..5) prosdur yg semakin sukar dgn byknya birokrasi..ini antara dapatan setakat ini..penyelesaiannya projek2 patutnya digabungkan dlm satu projek ttp mncakupi semua subjek, kurangkan birokrasi ( semasa di politeknik, saya merupakan warden, staf Pusat islam, penasihat MPP, bila pelajar minta duit, tengok rncngn belanjawan, sain sbb itu duit pelajar sbb nanti kalu tak habis staf yg buat jamuan..betul tak staf sekalian ??? )..buang sentimen kepartian dan nak pangkat je tau..jadilah seorang yg profesional........ : )

Thursday, July 16, 2009

ITTHO , KUiTTHO dan UTHM vol 1

Assalammualaikum dan salam perpaduan
alhamdulillah sudah minggu ke dua warga UTHM meneruskan cangkulan ilmu..teringat jua tika diri baru melangkah ke menara gading..saya dikira orang yang beruntung, tanggal 17.6.2000, saya pelajar baru yg mendaftar di Institut Teknologi Tun Hussein Onn yg bernaung di bawah UTM. Mengambil Diploma Kejuruteraan Mekanikal ( Pendidikan) yg berumur pada ketika itu 18thn..Tanggal 2001, ITTHO bertukar menjadi KUiTTHO, kami diminta menukar kad matrik baru dan terima surat setuju tukar IPT walau ada banyak bantahan pelajar pada ketika itu.Graduat pada 2003 dengan gelaran mahasiswa KUiTTHO dan kemudian dihantar mengajar ke Politeknik Sultan Azlan Shah pada bulan 2.2004..Setelah tiga tahun berkhidmat dan disahkan jawatan, saya mendapat tawaran menyambung pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada bulan 6.2007..Kami lah pelajar baru yang mendaftar sebagai pelajar 'batch' pertama UTHM.sekali lagi saya menjadi orang berhadapan dengan perubahan. memang tidak dinafikan, 'batch' pertama akan menjadi 'tikus' untuk diujikaji oleh pihak pengurusan. banyak sekali masalah yang berlaku sehingga menyebab diri merasa marah dan sedih melihat pengurusan UTHM.Banyak usaha dilakukan secara peribadi dengan berbincang bagi mencari penyelesaian tp sia-sia belaka..namun diteguhkan hati, diteruskan jua 'kerjaku' di sini..dengan sokongan isteri, keluarga dan sahabat/iah, alhamdulillah kini saya di tahun 4 sem 1 dan tak sabar nak kerja semula dan tak nak lagi sambung di UTHM !!!!!

Wednesday, July 15, 2009

SELAMAT DATANG MAHASISWA BARU UTHM

Assalammualaikum dan salam perpaduan
Tahniah kepada mahasiswa/i baru UTHM..moga berjaya menempuh halangan dan dugaan dengan jayanya..

Thursday, July 9, 2009

PPSMI ...hmmm..mansuh 2012??

assalammualaikum dan salam perpaduan
isu yang semakin diketengahkan. Banyak sekali program bagi membincangkan isu. Apa yang menarik MB Johor dan Prof Diraja Ungku Aziz pun sudah berani menyuarakan bantahan terhadap isu ini. Nampaknya semua semakin berani atau sebenarnya mereka memang faham percaturan politiknya sudah diketahui sebab sememangnya apabila bertukarnya menteri maka bertukarlah dasar-dasarnya. Apatah lagi PPSMI menjadi antara satu sebab kekalahan teruk BN..Doktrinnya semakin dekat..namun ada pula khabar mengatakan 2012 PPSMI akan dimansuh dan digantikan dengan dasar baru..hmmm...percaturan politik sememangnya menarik..Pagi ini Radio IKIM turut membincangkan isu ini. maka ramailah rakyat jelata memberikan pandangan. Majoritinya dari kalangan guru-guru dan majoriti langsung sokong PPSMI dimansuh segera..Ada berani juga guru-guru ini...

Wednesday, July 8, 2009

IFC...4 hari lagi

Tolong sebarkan ALLAH HU AKBAR

Ya Allah selamatkan kami dunia akhirat...matikan kami saat iman kami
paling tinggi YA ALLAH!!

IFC-Mudah-mudahan permohonan itu tak akan diluluskan.. ..
Bertindaklah sebelum terlambat Bahaya IFC Diantaranya ialah :-
Bangsa2 lain yang bukan beragama islam di Malaysia menuntut supaya :

1. Peruntukan yang diberi oleh kerajaan kepada masjid, diberi sama
kepada agama mereka yakni kuil, tokong, gereja dll. ( bermakna. ada
mesjid Negeri ada juga tokong Negeri, kuil Negeri, gereja Negeri. Imam
masjid dpt elaun... sami dpt elaun, paderi dpt elaun )

2. orang islam dibenarkan berkahwin dgn bkn islam TANPA pasangannya
memeluk agama islam, dan orang islam DIBENARKAN KELUAR islam untuk
berkahwin dgn bkn islam( MURTAD ) ( PERSAOLANNYA NAK NIKAH KAT KADI KE
KAT SAMI KE, PADRI KE ? halal darah orang murtad hadith sahih)

3. Anak orang islam tidak boleh diislamkan sebelum berumur 18 thn. Dan
ia bebas memilih agamanya selepas 18 thn. ( bermakna kita tak boleh AZAN
KAN anak kita selepas lahir, tak boleh ajar anak kita mengaji quran tak
leh ajar sembahyang, takleh ajar pose.. lepas 18 thn dia pasti pilih
agama BLACK METAL. NABI BERPESAN: TERPUTUS LAH HUBUNGAN DUNIA ANAK ADAM
SELEPAS MATI MELAINKAN 3 PERKARA. AMAL SOLEH, SEDEKAH JARIAH, DOA ANAK
YANG SOLEH. Haa... boleh ke anak agama Black Metal doa kat kita...?

4. Wang kutipan zakat fitrah harus diagihkan kepada semua agama dan
bangsa.. ( zakat fitrah dikutip daripada orang islam je.. yang hampa nak
sekali pasal? Hampa kutipla sendiri... yahudi betoi.. ( ALLAH BERFIRMAN:
AGAMA KAMI HAK KAMI, KAMU DGAN AGAMA KAMU...) KAMI TAKLA KACAU AGAMA
KAMU.. BUAT LA TOKONG BANYAK MANA PUN, BAWAH POKOK BESAR, TEPI JALAN,
DLM GUNUNG, SAMPAI TUTUP JLN BILA MUSIM THAIPUSAM, BERIBU POLIS ISLAM
DOK JAGA.., LAGI TOLONG KAT HAMPA.. ( kalau ceramah agama beribu polis
dok sembur ayaq... ) Dan banyak lagi perkara yang depa nak ganggu hak
umat islam di Negara Malaysia ni.. kalau nak keterangan lanjut call no
tel kat bawah nanti...

Wahai saudaraku... . ! dunia dah nak kiamat.. diantara tanda2 kiamat..
Allah akan mematikan ulama2, akan menarik rasa gerun org kafir terhadap
orang islam dan mencampak kan kehati org islam rasa gerun terhadap orang
kafir, kebenaran dilihat kebatilan dan kebatilan dilihak kebenaran,
muzik bermaharaja lela, artis disanjung ulama dihina, takut menegah
kemungkaran berani menghalang kebajikan, ibubapa bertuan kan anak, harta
negeri beredar dikalangan sendiri dan mcm2 lagi ( mls nak habaq kot ada
yg salah paham ) Palestin kena godam, pasal arab tak habis2 perang
saudara puak sunnah ngan syia'h... kita yang kat sini takan takleh ambik
pengajaran kot... jgn dok sibuk mawi la... jgn dok sibuk siti...( kalau
minat beli je album, sudah laa...) jgn dok sibuk menteri gaduh pasal
jambatan bengkok..... ( lurus pun berapa kali hampa gi s'pore sebulan! )

Pasal AP pun takyah ( kalau sekadar pakai wira ngan kancil...) Takan la
tak boleh bersatu lansung bab2 agama kita yang dah nak kena godam ngan
yahudi ala Malaysia ni.. jgn sekadar nama je Muhammad, Abdullah, Ahmad,
Omar, Ali, Osman, Abu Bakar, Shafie, Aishah, Khadijah, Adam, Isa, Musa,
Harun dan nama nabi dan rasul kita, kalau allah Tanya " apa yang kamu
telah buat sewaktu agama kamu dihina, dicaci, dipermainkan dan diancam
oleh orang kafir" dan kita jawab " eh.... tak perasan pulak..!, sebab
hari tu mawi ngan siti ada gossip " Mari lah saudara ku kita bersatu,
saya merayu pada yang bijak pandai, yang kaya, yang berpangkat, yang
berpengaruh, yang bangsawan, yang belum kena sawan agar kita bersatu dlm
hal ini pun jadilah.. gunakan lah apa2 kuasa yang dianugrahkan allah
untuk kembali kepadanya..hal minyak lain kali, AP kemudian, jambatan
bengkok tak layan, menteri gaduh.. depa cari makan......

Wassalam...

KAM: Peguam Kes Murtad Shazalina/Linda Choy (Ust Zulkefli Nordin),
beliau telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI
JAYA, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC. Mereka ini (IFC)
sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia,
pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk
membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak. Kalau LULUS maka orang
Islam dalam bahaya besar.

Boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri (0133998718) untuk penjelasan lebih
lanjut, pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang perkara ini. Sila
sebarkan berita ini kepada semua orang Islam kerana isu ini amat
serius.... APAKAH PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA?? KITA HANYA ADA DUA
PILIHAN..... . TIDAK ADA 3 ATAU 4 PILIHAN.... 1) MENENTANG KUMPULAN
PELAMPAU INI (KUMPULAN ARTIKEL 11 ) ATAU 2)MENYOKONG SECARA TERBUKA ATAU
SECARA SENYAP (Dengan tidak membuat apa-apa) ATAU BERSEKONGKOL DENGAN
KUMPULAN PELAMPAU INI. Kalau pilihan anda adalah....
1, FORWARD kan e-mail ini kepada saudara Islam kita yang ada di dalam
mailing address anda dan Kalau pilihan anda adalah

2, deletelah e-mail ini atau peramkan ia di dalam mailbox anda.

Wednesday, July 1, 2009

KENANGAN TERINDAH 2




Assalammualaikum dan salam sejahtera
warga DJ sudah hampir selesai sudah berada pada peringkat kedua di dalam kehidupan berjemaah iaitu 'al-baitul muslim'..moga semua selamat dan sejahtera di dalam menempuh hidup di dunia ini..moga ukhuwwah kekal abadi..kenangan lama yang daku semat dalam diri..

Friday, June 26, 2009

AMAL JARIAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera
alahamdulillah lagi sekali dapat memanfaatkan hari mulia, hari jumaat dengan bersolat jumaat.Pada kali ini khatib memulakan mukadimah dengan baik sekali apabila menceritakan perihal ibadah di dunia yang membawa manfaat di akhirat kelak. Setelah mati harta tiada dapat dibawa bersama. Apa yang dibawa hanyalah hasil amal jariah, doa anak soleh dan ilmu yang berguna.Khatib menyentuh lanjut berkaitan amal jariah. Dijelaskan khatib bahawasanya kerajaan Negeri Johor melaksanakan Tabung Pembangunan Masjid dan Amal jariah. Sebanyak 156 masjid yang memerlukan bantuan dana bagi membina masjid baru dan memperbaiki masjid sedia ada. Maka diserulah kepada jemaah agar memperbanyak amal jariah agar kelak bahagia di akhirat..moga Allah memberkati usaha kerajaan Negeri Johor..

PPSMI AKAN MANSUH

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Dengan izin Allah S.W.T. dapat lagi pada hari menulis di dalam blog saya ini. Isu PPSMI memng membuka mata banyak pihak. Apatah lagi kini negarawan dan sasterawan juga bersama-sama berjuang mahu menghapuskan PPSAMI. JIka disorot kembali cerita lama sekitar 2003 bilamana KPM mahu mengaplikasikan PPSMI ini, sebenar negarawan dan saterawan ini menentang tetapi tidak jelas. Buktinya ketika saya bersama-sama rakan ke program Belia anjuran IKIM di Port Dickson. Seorang panel yang tidak asing lagi kini iaitu Dato Hassan Ahmad yang acap kali turun kini di jalanan menempelak KPM. Ayatnya yang ringkas tetapi menusuk berbunyi " lain penyakit, lain pula ubatnya'. Ini merujuk kepada tujuan asal PPSMI. PPSMI diwujudkan adalah sebenarnya untuk memperbaiki dan memahirkan pelajar di dalam berbahasa inggeris. Namun PPSMI ditempelak bilamana method yang digunakan di dalam pembelajaran Sains dan Matematik sangat-sangat tidak sesuai. Menurut dato Hassan lagi jika mahu memahirkann BI mengapa tidak diperkemaskinikan silibus dan cara pembelajaran? Bukannya menambah beban kepada pelajar. Namun setelah ketewasan teruk BN pada PRU 12, maka warga negarawan dan sasterawan ini bangkit berani menyuarakan bantahan terhadap PPSMI. Dan kini berdasarkan informasi yang diperolehi, saya mengatakan PPSMI akan dimansuhkan Buktinya ketika isteri berkursus KPLI di Maktab Terengganu. Pensyarah-pensyarah dan pengurusan Maktab sering mengungkapkan PPSMI akan mansuh. Memang pada mulanya mungkin itu hanya andaian sahaja tetapi pada rancangan Hujah di TV 9 baru-baru ini yang membincangkan 'Bahasa Melayu Bahasa Perpadun' menunjukkan panel-panel yang hadir bersutuju PPSMI dihapuskan. Sejak bila Bos DBP berani menentang Kerajaan ? Siap berhujah itu dan ini. Doktrinnya semakin jelas menuju ke arah terhapusnya PPSMI. Kita tunggu kajian PPSMI dibawa ke kabinet bulan 7 ini!!!...Parah kepada BN jika tidak hapuskan PPSMI pada PRU13..Namun kini idea baru pula menyusul BI wajib lulus untuk SPM !!!!..Apa pula ceritanya ??..moga Allah melindungi kita daripada sebarang kecelakaan, kemaksiatan dan kejahatan..

Wednesday, June 24, 2009

KENANGAN INDAH



Tidak kulupa kenangan bersama sahabat seperjuangan. Rindu rasanya setelah sekian lama tidak berjumpa. Berapa agaknya berat sekarang ? Berapa agaknya anak sekarang ? dan banyak lagi persoalan. Yang diketahui sahabat terdekat sahaja, yang jauh sekadar berhubung melalui telefon..Moga-moga kita isthiqomah dengan perjuangan..

INDAHNYA ISLAM



Assalammualaikum dan salam sejahtera
indahnya islam pabila segala kekusutan diuraikan dengan musyawwarah..alhamdulillah..polemik yang begitu hebat yang serba sedikit menggangu jemaah..namun dipatahkan dengan ikatan aqidah yang mantap teguh kepada Allah S.W.T...moga-moga semua beringat dan berwaspada bila berkata-kata dan bertindak janganlah bersendirian tetapi perlu hasil keputusan syura..

Mengulas lanjut kenyataan mengatakan PAS tertekan dan terdesak dengan PR lain berkenaan isu UG ini, saya melihat itu tidak sedikit pun berlaku. Ini kerana didalam parti itu sendiri pun begitu ramai pimpinan yang tidak bersetuju. Jika dilihat ia hanyalah cadangan buka perkara yang benar-benar akan berlaku. Di dalam konsep berjemaah setiap usul haruslah dibincangkan terlebih dahulu, namun apa yang berlaku, media memanipulasikan isu ini. Kenyataan diputar belitkan. Oleh itu saya menyarankan kepada pimpinan jangan layan media-media 'busuk' ini. Jika benar ada pertemuan, spesifikkan lagi berkenaan pertemuan dari segi tujuannya, siapa yang terlibat dan info-info lain yang berkaitan. Kita boleh membuat andaian yang pelbagai berkaitan pertemuan itu.

Apapun, bersyukurlah UG ini menjadi noktah tenggelam. Secara peribadi tidak perlulah lagi PAS berbincang dengan UMNO. Lihatlah hasilnya,kononnya perbincangan di awalnya dan pada akhirnya PAS sekali lagi ditusuk dari belakang. Walaupun yang pencetusnya dari UMNO sendiri ( Khir toyo dan beberapa lagi), PAS juga yang kena..
Moga Allah melindungi pejuang-pejuang agamaNya..

Tuesday, June 23, 2009

MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK

Beberapa perkara telah disyariatkan oleh Islam ketika menyambut bayi di antaranya:

Disunatkan mengucapkan tahniah

Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.
Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesejahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya. Antara doanya ialah:


Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya

Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan

“ mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau.

Disunatkan azan dan Iqamah
Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud: Sesiapa yang memperolehi cahaya mata (anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqmahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan syaitan”

Melakukan azan dan iqamah ini mempunyai hikmah tertentu, selain dari usaha untuk memohon perlindungan daripada gangguan syaitan, azan juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah, kepada agamaNya dan beribadah kepadaNya. Dengan itu jika lakukan seruan ini akan mendahului seruan syaitan. Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia yang asal sebelum digoda oleh syaitan yang ingin mengalih haluan kepada jalan jalan yang terkutuk dan dilaknati oleh Allah.

Melakukan Tahnik atau membelah mulut
Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan- perlahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi. Ini dilakukan sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Jika tidak ada tamar maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula dan sebagainya. Adalah lebih afdhal kalau tamar itu dikuyah oleh orang alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya. Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a. katanya: “ Telah dikurnikan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda Rasulullah s.a.w. baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku” amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan anggota mulut bayi supaya lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.

Mencukur rambut
Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

Berkhatan
berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hukum berkhatan: terdapat perbezaan pendapat,
a) menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan al-Basri bahawa berkhatan itu sunat hukumnya.
b) Manakala menurut Imam Syafie, Imam Malik dan setengahnya yang lain mengatakan khatan hukumnya adalah wajib. Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ sesiapa yang menganut Islam, hendaklah ia berkhatan sekalipun ia dari golongan dewasa”

Manakala waktu berkhatan pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan itu mula diwajibkan bilamana umur kanak-kanak hampir usia baligh. Ini kerana memudahkan bagi mereka menunaikan tanggungjawab hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka apabila baligh kelak. Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama dilahirkan. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w.. yang bermaksud: “ Baginda Rasulullah s.a.w melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan keduanya dalam tempuh tujuh hari ( dari hari kelahiran)”.
(Riwayat Al-Baihaqi).

Menamakan anak

Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan Orang yang bukan Islam. Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering dipanggil adalah doa yang dapat mempergaruhi keperibadian anak tersebut.

Friday, June 19, 2009

SUAMI SEBAGAI KETUA KELUARGA

Assalammualaikum
alhamdulillah sekali lagi dapat bertemu dengan penghulu segala hari, iaitu hari jumaat. Diizinkan Allah bersolat jumaat di masjid parit raja. Tajuk khutbah hari ini ialah 'suami sebagai ketua keluarga'. Tajuk yang juga sesuai dengan situasi semasa apabila dewasa ini gejala tidak sihat berlaku di kalangan muda-mudi. Antara faktor utama iaitu didikan dan kasih sayang keluarga. Disebut peranan oleh tuan Khatib berkenaan suami/bapa sebagai pemegang amanah kepada pembentukan keluarga sakinah. Antara peranannya ialah memberikan didikan yang seimbang dan sempurna, menyediakan keperluan, makanan halal dan sihat dan memberi kasih sayang sama rata. Semuanya amat penting. Namun tidak dinafikan banyak lagi peranan suami/bapa. Menyentuh berkenaan didikan ini,memang terlalu penting didikan ini bagi memastikan benteng diri teguh dalam menghadapi hari mendatang. Begitu juga faktor pemakanan. Dewasa ini, kita seolah-olahnya sudah tiada makanan yang selamat dan halal bilamana ada pihak mengambil kesempatan memasukkan item-item tidak halal walau sedikit ke dalam makanan. Ia amat penting kerana akan menjadi darah daging kita sekeluarga. Apatah lagi faktor ini mampu mengikis sedikit demi sedikit iman dengan berlakunya kerosakan di hati manusia bilamana sudah bersebati item-item tidak halal dalam diri. Penyediaan nafkah juga amat penting. Suami/bapa amatlah ditagih harap agar dapat menyediakannya. Ini dapat memastikan keluarga merasa dihargai. Kasih sayang adalah satu lagi punca kepada gejala tidak sihat kini semakin parah. Bila ditanya kepada muda-mudi kini, maka kesibukan ibu ayah menjadi punca kepada masalah mereka. Apatah lagi persekitaran yang teruk menerobos minda muda-mudi dengan fahaman yang tidak betul. Media dengan cerita-cerita yang tidak memberi apa-apa input. Program yang membina diletakkan pada waktu yang tidak sesuai.Bagaimana kita mampu menyedarkan seluruh warga? Barangkali 'rating' yang dikejar mereka..Jesteru itu, amatlah diharapkan agar seluruh lelaki bergelar suami/bapa mengambil peduli akan perkara di atas. Moga kita dapat membentuk keluarga sakinah, keluarga yang diredhoiNya..amin

KERAJAAN PERPADUAN

Assalammualaikum..
isu sangat hangat dibincangkan sehingga menenggelamkan isu Chin Peng, PR Iran, H1N1, Manek Urai dan lain-lain lagi..Tampak PAS adalah mangsanya..Secara peribadi, ianya bukan masalah jika ia hanya cadangan dari beberapa pimpinan sahaja. Namun pabila media memanipulasikan, ia jadi seperti tak keruan. Kalau diikutkan jika hanya cadangan tanpa dibawa ke mesyuarat, ianya tiada apa-apa yang harus dibimbangkan. Tetapi apabila pendedahan mengatakan ada pertemuan sulit itu yang meruntun mana-mana individu yang setia mencari kebenarannya. Seolah-olahnya ia dibuat tanpa kehendak majoriti tapi atas inisiatif sendiri yang menyebabkan banyak andaian. Pada pandangan peribadi, saya melihat isu ini telah selesai bilamana TGHH menyebut cadangan UG ini hanya tika zaman Tun Pak Lah bukan PM Najib. Jadi sepatutnya semua harus berdiam diri dan bertenang. TGHH selepas Muktamar memberi penjelasan konsep sahaja bukannya nak buat betul-betul. Syarat yang dikemukakan itu perlu dihebahkan bagi menunjukkan bahawa kesediaan pembangkang berbincang berkenaan UG dan lain-lain hal. Wajarnya kita ambil kesimpulan UG tak akan dilaksanakan tika ini.

Thursday, June 18, 2009

KEMPEN BOIKOT

Assalammualikum
sedar tak sedar sebenarnya boleh dikatakan kempen boikot barangan Israel laknatullah dan seangkatan dengannya memberi kesan juga kepada pendapatan mereka. Apatah lagi di kala ini ekonomi yang mengalami krisis yang teruk sekali jika dibandingkan dengan krisis sebelum ini. Apa tidaknya, berdasarkan pemerhatian dan pengalaman ketika membeli belah, didapati produk-produk seperti KFC, Garnier, Nestle, Clear, F & N dan lain-lain lagi memperhebatkan promosi dan publisiti. Malah pelbagai peraduan itu dan ini dibuat bagi menarik kembali pelanggan yang selama ini menggunakan produk mereka. Ada juga yang buat jualan 'join venture' dengan syarikat lain bagi meraih kembali keuntungan dan pelanggan.Ini satu kejayaan buat pendokong kempen boikot. Gegak gempitakan dunia ini dengan pemboikotan yang semaksimum mungkin. Jesteru itu, maka haruslah kita teruskan lagi kempen ini bagi melumpuhkan mereka barang sedikit. Moga Allah meredhoi dan merahmati kita semua..
*** PRODUK BOIKOT DGN METHOD :
- KFC dgn PETRONAS
- cOLA-COLA DGN RNCGN EWAH-EWAH
- gARNIER DGN SAPA BLEH MASUK TV
- JOHNSON & JONHSON DGN PERADUAN
- CLEAR DGN PERADUAN
- WALLS DGN DURIAN RUNTUH
- PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN YG DIBOIKOT DI GUARDIEN JUALAN MURAH
DLL

Wednesday, June 17, 2009

Garis Panduan Merayakan Perayaan Agama Lain

1. TUJUAN

1.1 Garis Panduan ini disediakan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat Islam dalam menyertai majlis perayaan orang bukan Islam supaya tidak berlaku perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

1.2 Garis Panduan ini juga menjadi asas rujukan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam menganjur majlis perayaan orang bukan Islam bersama dengan orang Islam supaya tidak berlaku perbuatan syubhat atau acara yang bercanggah dengan prinsip dan nilai-nilai Islam.

2. PENDAHULUAN

2.1. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah mengadakan majlis-majlis perayaan sama ada di peringkat nasional, negeri, daerah dan lain-lain. Perayaan tersebut adalah Hari Raya Idul Fitri, Tahun Baru Cina, Depavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan juga Hari Krismas. Ia disambut melalui konsep penganjuran “rumah terbuka nasional”, bertujuan meningkatkan persefahaman dan sikap toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum serta fahaman agama di negara ini.

2.2 Persoalan timbul di kalangan masyarakat Islam tentang apakah hukum turut merayakan perayaan agama lain. Ada pendapat yang mengatakan hukum merayakan hari perayaan agama lain adalah haram. Mereka bimbang perbuatan tersebut boleh menjejaskan akidah atau secara tidak langsung akan membawa kefahaman bahawa semua agama adalah sama.

2.3 Dalam mengatur hubungan antarabangsa, kaum dan agama di negara ini agar tidak menimbulkan kekeliruan dan prasangka dalam pergaulan khususnya bagi umat Islam, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dalam muzakarahnya pada 1 dan 2 Oktober 1970 yang secara khusus menyentuh mengenai rumah ibadat telah memutuskan;

“Pembesar-pembesar Islam tidak boleh merasmi pembukaan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam kecuali difikirkan kalau tidak berbuat demikian akan mendatangkan perpecahan dan permusuhan kaum dengan syarat tidak menyertai upacara ibadat dengan mereka”

2.4 Pada dasarnya terdapat dua pandangan berbeza dari sudut hukum tentang orang Islam turut merayakan hari perayaan orang bukan Islam. Pandangan yang membenarkan orang Islam merayakan hari perayaan orang Islam adalah berdasarkan pandangan berikut;

i. Kekeliruan dari sudut hukum tentang merayakan hari perayaan agama lain atau dalan konteks masa kini “rumah terbuka nasional” adalah berpunca daripada fahaman yang kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu. Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah dengan mereka atas nama agama mereka ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebaliknya jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka atas tujuan merapatkan perhubungan sesama manusia maka ia adalah diluar daripada konteks meraikan akidah mereka atau merelakan agama mereka. (Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, Dr. Abdul Hayei bin Syukor, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)

ii. Menurut Dr. Ahmad al-Syarbashi seseorang Islam yang turut menyertai hari perayaan orang bukan Islam setelah memastikan majlis yang dihadiri itu tidak mengandungi perbuatan yang bercanggah dengan akidah atau upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti penyajian arak dan sebagainya (Dr Ahmad al-Syarbashi, Yas`alunaka Fid Din Walhayah, hal 390, jilid 4, Darul Jail, Beirut).

2.5 Hukum yang melarang orang Islam turut merayakan perayaan orang bukan Islam berdasarkan pandangan berikut;

i. Abu al-Qasim Hibbatullah bin Al-Hussain bin Mansur al-Tabari berkata, tidak harus bagi orang Islam menghadiri perayaan orang bukan Islam kerana kemungkaran mereka. (Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Ahkam Ahl al-Zimmah, jilid 1, hal 156, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut)

ii. Menurut Fatwa Lajnah Daaimah, kunjungan terhadap perayaan orang bukan Islam tidak boleh dilakukan kerana ia akan melibatkan orang yang melakukannya kepada dosa. (al-Syeikh Ahmad bin Abdul Razak, Fatawa al-Lujnah al-Da`imah lil Buhuth al-Ilmiah wal Ifta`, jilid 3, hal 436, Dar al-Muaiyyad, Riyadh)

2.6 Berdasarkan persoalan hukum tersebut maka pihak yang menganjurkan majlis tersebut perlu meneliti adakah perayaan yang dianjurkan mempunyai unsur agama atau semata-mata bercirikan kebudayaan. Kedua-dua unsur ini perlu diteliti dalam memastikan sambutan perayaan tersebut tidak menyinggung sensitiviti keagamaan terhadap orang awam yang menyertainya.

** Info lanjut di http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3765

GARIS PANDUAN HIBURAN

1. TUJUAN
Garis Panduan Hiburan Dalam Islam ini disediakan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan merangkumi nyanyian, muzik, tarian dan lain-lain. Garis Panduan ini juga akan dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat awam yang menyertai persembahan rancangan hiburan.
2. PENDAHULUAN
2.1. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)
Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).
2.2 Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:
a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat[1], tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah[2] adalah harus;
b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;
c) Pancaragam yang melalaikan[3] hukumnya haram;
d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan
e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus

** RUJUK LANJUT DI WEB JAKIM di http://www.islam.gov.my/portal/

Tuesday, June 16, 2009

CHIN PENG ?? APA KE HEA NYE..

Kebelakangan ini cerita ChinPeng kembali menghiasi media kita. Siapa Chin Peng tak perlu diperjelaskan. Kenapa Chin Peng kembali popular???? ianya adalah cetusan pengerusi Gerakan Pulau Pinang. Apa tujuannya? tak pasti...

Harus diingat kisah Chin Peng dengan komunisnya telah menjadi sejarah hitam masyarakat kita. Isnya tak wajar diungkit kembali . Pastinya orang yang mengungkitnya mempunyai tujuan tertentu. Saya melihat itulah lenggok politik BN. Gerakan adalah parti Cina (walaupun dibuka keahlian untuk bangsa lain) yang kehilangan sokongan masyarakat lain. umNO pula adalah parti Melayu (walaupun bumiputra bangsa apa pun boleh masuk) yang sedang mengepung dan memburu undi sokongan melayu. keduanya dari kompenan BN!!!

Sewajarnya jika isu ini dilakukan dengan ikhlas untuk membantu Chin Peng kembali ke Malaysia boleh dilakukan secara dalaman. Tak perlu perbincangan terbuka. Apabila ia menjadi perbincangan umum, maka luka lama akan berdarah kembali. satu hakikat yang tak dapat dinafikan ialah....komunis dikaitkan dengan bangsa Cina di Malaysia walaupun bukan semua cina dulu mengikuti fahaman komunis. Nama Abdullah CD dan Rashid maidin serta Shamsiah Fakih bukanlah nama yang asing dari label komunis.

Paling tidak, secara diam dan akar umbi, masing masing kaum akan saling mencurigai.lebih malang ada virus yang bergerak mengingatkan " kalau melayu tak bersatu, Cina akan menguasai kita". Bukti jelas boleh dilihat di dalam blog pro umNO. Isu komunis dan kaitan dengan masyarakat cina serta api perkauman terus dicetuskan!Tak perlu saya mempromosikan blog berkudis itu di sini.

Apa yang malang, beberapa NGO dan orang persaorangan terikut dengan rentak BN ini. Mereka telah gagal di dalam isu Perak menuduh DS Nizar sebagai Boneka Cina apabila rakyat mula tahu apa yang dilakukan oleh pemimpin umNO dulu bersama tauke Cina dan apa yang dibantu oleh PR terhadap golongan miskin dan terinaya dari pelbagai bangsa. Mereka mula menilai tanah kediaman yang diberi kerajaan PR kepada orang muskin dengan ladang dan keluasan kilang yang diberi umNO kepada tauke Cina. Rakyat mula menilai bantuan sekolah agama yang diberi kerajaan PR dan sikap BN terhadap sekolah agama terutama pondok Pak Teh dalam kawasan MB umNO sendiri.

Sewajarnya kita mengambil sikap berhati hati dengan jerat isu perkauman yang dicanangkan BN secara halus. Jangan lupa, peristiwa Operasi lalang dulu juga adalah mainan pemimpin Gerakan dan umNO...mangsanya PAS dan DAP. Ada angin bertiup menyatakan, bagi meredakan kebangkitan rakyat , pemimpin PR perlu direhatkan dan dipisahkan dari rakyat. Mungkin salah satunya melalui isu perkauman!

Marilah kita menumpukan kepada isu yang melibatkan masa depan daripada membangkitkan nostalgia silam yang tak berkesudahan. Jangan biar generasi kini menerima akibat kesilapan generasi sebelum kita. Apa yang penting, hubungan mesra antara kaum yang terjalin terutama di dalam PR mestilah dimanafaatkan untuk dakwah dan perjuangan.

BACALAH YANG TERSIRAT DARI YANG TERSURAT
-anakSengat
** diambil terus dari blog Perakkini

PERAK NEGERIKU

Assalammualaikum..alhamdulillah dengan izinNya masih lagi bernyawa pada hari ini dikala dunia ditimpa bencana dan musibah yang melata. Ada negara berhadapan dengan krisis ekonomi yang sangat meruncing, ada negara yang kerap berlaku kebakaran, ada tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, banjir, kemarau, ais mencair, jerebu dan lain-lain lagi yang menuntut kita bermuhasabah. Di kala ini manusia bukan lagi manusia. Manusia sudah menjadi rakus di dalam harta kekayaan dunia yang boleh dibawa bersama tika mati menjelang tiba. Demi kuasa kita sanggup mengahncurkan pihak lain. Apa pula kaitan dengan tajuk di atas? Hmmm..saya merupakan kelahiran negeri Perak pada 1982 di Hospital Teluk Intan. Sudah mengundi dua kali iaitu pada 2004 di DUN Pengkalan Baru, Bruas dan 2008 di Slim River, Perak ( kerja). Melihat cara negeri Perak diambil alih menyebabkan saya merasa amat kecewa dengan kerakusan manusia. Terlalu banyak persoalan yang tertusuk di dalam kepala. Tiada tempat nak dikeluarkan ( bahaya ). Persoalan terakhir ditinggalkan bilamana hakim mahkamah rayuan masih lagi tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkaitan keputusan mengatakan YB Dr Zambry adalah menteri besar yang sah. Sudah sebulan berlalu, apa yang berlaku eaakk? adakah pen sudak kehabisan dakwat?adakah kertas tidak cukup?adakah Hakim jadi bodoh tiba-tiba?adakah Hakim dah tak ingat huruf-huruf yang wujud dalam dunia ini ? Kenapa lama sangat sedangkan Dr Zambry mohon Mahkamah Rayuan untuk 'hold' keputusan Mahkamah Tinggi tak sampai 24 jam Mahkamah boleh terima ? Hakim mahkamah tinggi buat keputusan yang dibaca selama 1 jam 30 minit dan sudah siap bertulis la la tu jugak.. banyak lagi persoalan yang menyebabkan warga Perak ternanti-nanti.Secara peribadi saya mengatakan tiada jalan termudah melainkan serah jua pada rakyat untuk mengundi semula. Semua perlantikan dapat dibuat dengan lebih telus. kepada Sultan Perak, patik mohon ampun, mohon BUBAR DUN PERAK...

Friday, June 12, 2009

Sedang Lidah Lagi Tergigit

Assalammualaikum
berkat RahmatNya masih lagi diri ini bernyawa
hari ini, 12.06.09 jumaat, alhamdulillah takdir Allah menyihatkan badan dan berkemampuan untuk solat Jumaat. hari jumaat penghulu kepada semua hari penuh dengan hikmah dan barakah. Hari ini bersolat di Masjid Lama Parit Raja, Johor. Khutbah bertajuk Sedang Lidah Lagi Tergigit. Mungkin mulanya pelik juga namun isinya amat bertepatan dengan isu semasa. Kisah suka duka alam rumahtangga yang pada hari ini kerap didengari kes-kes penceraian. Ada pasangan pada hari ini bercerai walau hanya baru semalam menjadi suami isteri. Puncanya remeh sahaja. Ekoran itu timbul asbab utama kenapa perkara begini acap kalu berulang. Dirumuskan oleh Khatib pada hari ini,ada tiga sebab iaitu kejahilan pasangan, kurangnya ilmu alam rumahtangga dan kurangnya persediaan untuk berumahtangga. Tidak dapat dinafikan asbab di atas adalah tepat. Apatah lagi pada hari ini kita dimomokkan di media dengan cerita-cerita yang memberikan 'inspirasi' kurang baik kepada pelayarnya. Nasihatnya Khatib akhirnya biarlah kita semua banyak memuji dari mengeji, banyak menderma daripada menerima dan banyak bergembira dari bemuram durja. Semua umat Islam WAJIB diberi penerangan atas apa tujuan mereka mendirikan rumahtangga. itulah yang sewajarnya. Moga Allah melindungi kita daripada sebarang kemaksiatan, kecelakaan dan kejahatan....

LPPP amanahKU





Alhamdulillah, dengan izinNya dapat jua menggerakkan LPPP KI 2009 bagi penggal pertama sebagai Pengerusi LPPP

~PENGANTIN DI ALAM BARZAKH~

Pengantin...
utk semua...
Pada suatu masa yang ditetapkan.. .

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya. .sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan. .
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka