Sukar sekali mahu menjentik minda.
Lain yang diungkap, lain benar kefahamannya.
Mengupas sisi-sisi terlindung pada minda anak muda yang merancang untuk berumahtangga, sering menimbulkan reaksi yang lelah. Malah tidak kurang yang mencetuskan isu baru, seperti terhasilnya artikel yang anda sedang baca ini.
Ketika saya mengupas sisi-sisi negatif berkaitan dengan poligami, ada yang cepat membuat kesimpulan bahawa saya menafikan hukum poligami. Anti poligami!
LAGI INFO DI http://baituldakwah.blogspot.com/
SAYANG SEMUA KERANA ALLAH ............"islam itu indah, islam itu sejahtera"
Kata semangat
"..bahwa melawan Israel itu, janganlah hanya dengan suara ataupun tulisan, tapi dengan berperang mengangkat senjata melawan kebiadaban
MIZAM WORLD
Tuesday, May 18, 2010
Monday, May 17, 2010
BACUL, PONDAN DAN SEANGKATAN
Assalammualaikum
kekadang tak bleh tahan melihat pembohongan, penindasan dan lain-lain lg yg mmbawa maksud sama di Malaysia..jelas sgt kelihatn betapa pondan, bacul nya mereka menggunakan platform yg tak sepatutnya mnjd wadah doktrin mereka...apa tidaknya, jk dilihat dr PRK Sibu ni, seperti kita tahu, sarawak adalah antara 5 negeri termiskin di Malaysia, tp knp segala projek ditelengkup di sana ? adalah tidak adil kpd kawsan lain pula..knpa pd ketika ini prjek hndk diumumkan ? kalu Hulu selngor di hempap sgn lbh 170 juta, sibu lg lbh sbb selngor negeri termaju dan tak miskin..bg org berilmu n beriman pasti jelas ni semua adalah gula-gula shj..adakah ini rasuah ? pd saya ya..tidak adil mengugut jk tak menang tak bleh dpt bntuan..sikap pondan bacul ini jg berlaku di PR kampus.berlaku jg pd saya bersama calon saya..beserta hujah, gmbr, fakta, akta dll lg, sekali lg alasan kpd bantahan, pertanyaan dijwb mcm budak sekolah tadika yg berhingus walau ada status Dr/Prof kat depannya..memalukan..sanggup mnjd balaci yg pasti mmbntu kpd maksiat berpnjgan..integriti konon? tidak prnh sekali berlaku dlm hidup, pekikan, teguran dan lontaran hujah kpd org yg layak mnjd ayah dek krn ketidakadilan..sory bebb..aku tak prnh sangka aku bleh marah org yg tua berpangkat dr aku..kalu nak berlawan, meh..berlawan sama rata, sama adil..jgn lagi jd balaci yg melayakkan diri masuk neraka...

Sunday, May 16, 2010
KELAHIRAN MUJAHID
Friday, May 14, 2010
LESEN JUDI-KOMEN MUFTI PERAK
SHAH ALAM 13 MEI: Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak
Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.
Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/05/lulus-lesen-judi-bola-mufti-perak-bidas.html#ixzz0nsLhWUPf

Tuesday, May 11, 2010
HARI INI DALAM KEPELIKAN
(2) PRK Sibu - Tukang baca skrip dan yang menulis..sama bangang ?
Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sibu, Jee Chang Peng, 42, kelmarin mengumumkan keluar parti. Kata beliau, "Selama menyertai PKR, tidak banyak usaha yang dilakukan oleh PKR untuk membela rakyat melainkan mereka (PKR) hanya memperjuangkan rakyat untuk kepentingan diri sendiri. Hanya Barisan Nasional saja yang benar-benar ikhlas membantu rakyat!" (*) katanya yang sudah menyertai PKR selama 18 tahun..."
(*) 18 tahun? Malang sungguh engkau..dah tahu skrip tu bukan hang yg buat, hang pi baca jugak buat apa? Bangang melantun punya skrip. Agak-agak siapa yg selalu buatkan skrip-skrip bangang ni utk si 'katak'pi baca? Tapi mungkin juga si bangang itu ditujukan kepada penulis berita diatas* Dua-dua bangang. Tukang baca skrip dan tukang tulis berita. Spesis mangkaq..!
DIPETIK DARI aLBANJARI..
Kepelikan juga berlaku apabila buletin 130 td tlh mengatakan hari ni sambutan hari guru semalaysia diadakan di Sibu dirasmikn Menteri KPM lah..pastu ubah ayat semula perjumpaan guru-guru dgn menteri..tak clap hari guru 16.5...ada lg 4 hari..mmg dah tau dah..pelik juga calon Bn ada kat pentas utama..nak tnya, dia pegawai pendidikan daerah Sibu ke ? ke Guru di Sibu ? yg tau dia peguam..hmm dah tau dah...
pelik juga berlaku bila , rncgan soal jwb tv3 diubah hari rabu ni sblh mlm, mmbncgkan tajuk pru sarawak jgk lah..tak silap soal jwb hari isnin..dah tau dah...
setiap apa berlaku pasti ada yg menyalahgunakan apa yg patuutnya tak bleh guna..
dah tau dah....

SAJAK KEMATIAN
Apabila matinya seorang MENTERI
Dia dipuji-seorang yang banyak berjasa, dihormati rakan dan lawan
Diberi pangkat pada pangkal nama
Dikunjungi manusia setiap lapisan
Apabila matinya seorang WAKIL RAKYAT
Masyarakat berdukacita hilangnya wakil mereka
SPR pening memikirkan tarikh pilihanraya
Yang lain menunggu adakah peluang menjadi penggantinya
Apabila matinya seorang AHLI HIBURAN
Media memaparkan kisah kehidupan
Hilangnya sebutir permata berharga itu yang didakwa
Seolah-olah hilangnya mereka terencat kehidupan manusia
Apabila matinya seorang REMAJA
Ditembak di kepala semasa memandu kereta
Yang dikesali tuduhan entah apa-apa
Harap akan ada pembelaan dan keadilan ke atas dia dan keluarga
Apabila matinya seorang ULAMA
Dihormati manusia bahkan malaikat jua
Itulah tanda dunia hampir hujung usia
Semoga penggantinya akan ada
Aku akan menemui kematian, kalian juga mesti
Entah bagaimana keadaan kita bila mati nanti
Yang pasti kita akan menemui Allahu Rabbi...

PERNAHKAH ANDA ALAMI
assalammualaikum..semalam isnin, sepatutnya kena lapor diri LI tp atas asbab kena pi mahkamah kerana urusan isteri dan keluarga utk pembahagian tanah pusaka di muar..apa yang nak dikongsi bersama tntg satu lg perkara baru yg saya ketahui yg sgt mengejutkan..sedar atau tidak wahai rakyat Malaysia, utk urusan pembahagian tanah...
pihak pelanggan kena bg 0.2% darpd harta yg nak dibahagikan..
maknanya jk harta tanah itu rm160ribu lbh maka lbh kurg rm300 lbh kena bg pd kerajaan..adapun tahun 2009 sebelum bln 9 byrnnya hnya rm 12 shja..ada sapa2 pernh alami peristiwa ini ? atau saya yg tak tau hal ni ? atau kami tak tau hal ni?
yg pasti elaun/yuran/apa2 nama atas perkhidmatan ni amatlah menguntungkan...kata pegawai td kita derma kat kerajaan..

Monday, May 10, 2010
POS MALAYSIA-SAPA JAHAT?
ASSALAMMUALAIKUM..
isu pos malaysia semalam kembali menghangatkan malaysia..sedar atau tidak PM br shj mmberi tahu bhw pekerja pos malaysia mndpt gaji di bwh paras kemiskinan..haaa..dlm keadaan pos rugi ratusan juta, dlm keadaan roadtax, sampul naik harga rupanya gaji posmen, kerani2 ni di bwh paras kemiskinn..mana pi duit pos selama ni ?
jika dilihat di johor betapa ramainya manusia setiap hari di pjbt pos sehingga nak dibesarkan pejbt pos sbb tak mampu menmpung pelanggan
kdg2 kerani pun naik angin jgk sbb mmg ramai n byk karenah pelanggan perlu dilayan
tapi kesian meraka
tak clap, pos ni ada sgkt dgn seorg pemuda gagah berani, yg agak ada kuasa n nak kuasa..
bleh siasat lagi ni..

Sunday, May 9, 2010
JUDI BAKAL DI MALAYSIA
Mufti diminta nyatakan hukum judi bola sepak
23 Jamadil Awal 1431H.
Rizal Tahir
KOTA BHARU, 8 Mei: Para mufti di negara ini diminta mengulas dan menyatakan hukum berhubung cadangan kerajaan meluluskan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 khususnya dari sudut agama Islam.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa, berkata sekiranya terdapat seorang mufti mengulas dari sudut hukum terhadap calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, Datuk Zaid Ibrahim, yang pernah meminum arak sebelum ini sebagai haram, PAS dan rakyat meminta mufti mengulas dari sudut yang sama berhubung perkara itu.
Katanya, mufti jangan berdiam diri dalam soal itu kerana sudah jelas dan nyata Allah telah berfirman dalam al-Quran melalui ayat yang sama bahawa minum arak dan berjudi adalah haram dan dosa besar.
Katanya lagi, keputusan kerajaan itu telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan ianya telah disiarkan oleh televisyen.
Kelmarin, Awang Adek dilaporkan berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Tambahnya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu, tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.
“Saya sebenarnya tidak menonton televisyen, sudah hampir 10 tahun saya tidak menontonnya, saya mengetahuinya melalui satu sms.
“Antara yang terkandung dalam sms itu, apa sudah jadi Datuk? Awang Adek dah lulus lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010, kononnya tidak mahu adanya aktiviti judi haram tanpa lesen,” ujar Husam.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu juga seterusnya membertahu, malang sekali rakyat Kelantan khususnya sekiranya masih memberi undi kepada Awang Adek sehingga tidak tahu perjudian tetap haram biarpun berlesen.
Sambungnya, perkara yang sedemikian (haram dianggap halal) akan berlaku dan terus berlaku sekiranya Umno memisahkan agama dengan politik.
“Adakah rakyat di negara ini masih memandang remeh terhadap keputusan kerajaan ini apa lagi ianya membabitkan soal agama, tak rasa sensitif dan jijik ke terhadap tindakan itu?
“Malang sungguh kita sekiranya membiarkan perkara ini berlaku,”ujarnya lagi.
Husam memberitahu, berikutan keputusan kerajaan meluluskan lesen tersebut, ada seorang wanita Cina menghubunginya supaya bertindak menahan agar lesen tersebut tidak berjaya dilaksanakan.
Katanya, menurut wanita Cina itu lagi, masyarakatnya akan lebih kemaruk sekiranya aktiviti itu dibiarkan sehingga akan berlaku huru hara dalam keluarga.
“Kalau orang Cina boleh berfikiran sedemikian, kenapa kita orang Islam memandang remeh serta turut menyokong apa yang dibuat oleh kerajaan BN,” ujarnya lagi.
Harakahdaily/-
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 1:00 PM

Saturday, May 8, 2010
NEGARAKU MALAYSIA
Telalu banyak rasanya isu dalam negara kita sehingga ke isu2 yang besar tapi seolah-olahnya kecil..baru2 ini isu judi dalam pertaruhan bola sepak. ia bukan isu kecil sebab yang haram tetap haram. kelihatannya menteri ni mcm sengaja nak menempel tahi ke muka mantan PM yg mengisytihar Malaysia negara islam..isu lain seperti isu kerugian GLC. Kerugian mencecah jutaan begitu menakutkan, lebih menakutkan daripada isu RM4juta per tahun kickdefilla punya angkara
.isu besar lain ialah kematian adik aminulrasyid ditembak polis menjejaskan lagi kredibiliti polis
isu APCO juga isu besar..JIM, ABIM, pemuda masjid, PPIM, PAS, PKR, PUM dan byk lg NGO n parti politik berdegar2 menntg ISrael, aleh2 kerajaan pula buat hal
isu enjin jet hilang, kapal selam, kapal TLDM terbakar, maklumat pertahan negara bocor, dan byk lg isu menakutkan dewasa ini..
apakah kata anda ? apakah tindakan anda?

NASIHAT DERHAKA
posting awal perihal derhaka di Selangor...
Hari ini Sultan Selangor di laporkan membuat kenyataan umum yang difahami ditujukan kepada TGNA. Kenyataan itu berikutan kenyataan TGNA yang menyatakan bahawa tindakan melarang bercakap soal politik di masjid sebagai mengarut dan ketinggalan zaman.
Sekali lagi istana dilihat diheret untuk membicarakan soal orang politik. Suasana itu sangat bahaya kerana ternyata bagaimana umNO berjaya mengheret institusi istana Perak hingga kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh. Bermula dengan isu pemecatan serta merta Pengarah yang terpaksa ditarik balik oleh DS Nizar hinggalah kemuncaknya perkenan istana tanpa melalui DUN yang meruntuhkan kerajaan Pakatan. (di Kedah juga usaha itu terus berlangsung)
Keadaan ini tak berhenti setakat itu. Tindakan DS Nizar yang tidak bersedia untuk melepaskan jawatan dimanipulasi oleh umNO terutama ungkapan "Derhaka". Kesannya Kerajaan Pakatan Rakyat dilihat berkonfrantasi dengan istana terutama DS Nizar . Kalangan masyarakat melayu dilihat terpengaruh dengan propaganda tersebut apatah lagi dengan peranan yang dimainkan mufti umNO -Harusani Zakaria.
Kerajaan Selangor terutama PAS nampaknya sekali lagi mahu dilagakan dengan institusi Istana. Ia mungkin usaha terbaru umNO merampas Selagor yang dilihat agak kukuh setelah beberapa insiden yang dicipta termasuk usaha mengheret pimpinan Selangor ke mahkamah melalui SPRM gagal. ( SPRM adalah jalan pertama umNO meruntuhkna kerajaan Perak).
TGNA telah menjelaskan kenyataan beliau bukanlah respon kepada kenyataan Sultan Selangor. Ia adalah kejayaan manipulasi wartawan dan lidah rasmi umNO. Umum mengetahui bahawa TGNA bukanlah seorang pemimpin yang suka membicarakan soal politik kepartian di masjid. Prinsip itu diamalkan sejak dulu hingga kini. Malah dalam ceramah umum pun jarang menyentuh politik kepartian secara langsung melainkan di beberapa keadaan. Ceramahnya lebih kepada nasihat dan pimpinan agar beragama. Bezanya ialah kefahaman agama antara umNO dan PAS . PAS memahami kesyumulan Islam manakala umNO yang mewarisi sekular menolak politik Islam.
TGNA juga dilihat seorang yang sangat menghormati institusi istana. Kemelut dengan istana di awal pemerintahan PAS di Kelantan ditangani dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Ketika semua negeri di Malaysia membentangkan undang undang berkaitan menghapus imuniti raja raja, Kelantan adalah negeri yang paling akhir melaksanakannya. Itu pun setelah beberapa tahun kemudian.
Situasi terbaru ini adalah hasil salah faham terhadap istilah pilitik dalam Islam. TGNA maksudkan politik ialah membicarakan apa sahaja soal pemerintahan dan kehidupan, umNO memahamkannya sebagai politik kepartian. Siapakah yang menyalah fahamkan pengertian tersebut kepada Sultan. Apakah penjelasan TGNA juga di sampaikan kepada sultan? Titah yang melarang TGNA secara umum ke Selangor adalah seiring dengan apa yang dilakukan oleh Khir Toyo semasa rejimnya menguasai Selangor. Satu tindakan penjelasan kepada Sultan perlu dilakukan oleh kerajaan Selangor terutama PAS Selangor.
Dalam masa yang sama dilaporkan TPM akan mengadap Sultan Selangor memohon agar Sekolah Menengah Agama Rakyat di Selangor di daftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan juga dilihat sebagai satu lagi strategi umNO menghadapi Kerajaan Selangor melalui institusi istana. PAS yang memegang tanggungjawab exco agama melalui Pesuruhjayanya diletakkan dalam keadaan serba salah. Sultan pastinya dijangka memperkenankan permohonan TPM sedangkan Kerajaan Selangor tentunya tidak bersetuju. Kerajaan Selangor akan dilihat dan dipersepsikan sebagai menyanggah istana.
Sasaran kerja umNO adalah melayu yang sangat menghormati institusi istana. Namun harus diingat, melayu kini adalah melayu baru. Sayang istana ialah dengan menasihatkannnya bukan dengan menyembahnya. (sumber - SU Sekretariat Blogger PAS Perak)

SALAH GUNA MASJID-SAPA BUAT SEBENARNYA?
Khalid Samad dakwa BN salah guna masjid
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6oTcyEcReUKTX27_AupzEUPBKg7RVTm92m0-rrf2qTg90gWrcHCIx4LxzPEYsX6mIRT1akLGxnLIiROy9o_SxyaHOE1XXs2Xv728UWO6fi5JFmh9r_mQ-GDYNCraci6TlMgR_X4l9p1E/s200/gmbr+bn.jpg22 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Jimadie Shah Othman
Ketika PAS berdepan dengan dakwaan menyalahgunakan masjid bagi tujuan politik, seorang pemimpin parti Islam itu 'memulangkan paku buah keras' kepada lawan politik mereka, BN.
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa, semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu, BN telah menganjurkan satu majlis bacaan Yassin dan solat hajat di sebuah masjid, untuk kemenangan calon BN.
Menurutnya, majlis tersebut diadakan pada 23 April - dua hari sebelum tarikh pengundian - di masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.
Sebagai bukti, Khalid menunjukkan gambar kain rentang (kanan) yang mengiklankan program tersebut - yang didakwa dirakam oleh seorang penulis blog propembangkang di kawasan parlimen tersebut.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan tindakan BN itu sebenarnya menyalahi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya institusi agama itu tidak dipolitikkan.
“Perkara seperti tidak boleh dibuat di masjid,” katanya.
Dalam pilihan raya Hulu Selangor sebelum ini, beberapa pemimpin utama PAS, termasuk murysidul amnya sendiri Datuk Nik Aziz Nik Mat didakwa mengingkari perintah Sultan Selangor dengan menggunakan masjid bagi tujuan politik.
Perkara tersebut bagaimanapun dinafikan oleh Nik Aziz.
Dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Khalid berkata beliau akur dengan titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan masjid sewewang-wenangnya.
Bagaimanapun, tambahnya, Nik Aziz memang menyuarakan persoalan politik menurut ajaran Islam, tetapi bukanlah politik partisan.
“Hendak bantai Umno dalam masjid tak bolehlah. Hendak bantai PAS dalam masjid tak bolehlah,” jelasnya.
Sebaliknya, menurut Khalid, Nik Aziz hanya memberikan tazkirah berhubung “prinsip am” dalam agama iaitu agama dan politik tidak boleh dipisahkan.
Itu pun, tambahnya, setelah diminta oleh imam dan nazir masjid berkenaan.
Malaysiakini/ -
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 2:44 PM http://www.blogger.com/img/icon18_email.gif

KINI KEMBALI
assalammualaikum
dengan kesibukan sebagai seorang mahasiswa
dengan kesibukan sebagai seorang suami kpd seorang isteri
dengan kesibukan sebagai seorang abah kepada dua orang anak
dengan kesibukan sebagai ahli jemaah
dengan kesibukan sebagai seorang anak
dengan kesibukan sebagai seorang menantu
dan dengan kesibukan banyak lagi taklifan
aku, alhamdulillah dikurniakan Allah S.W.T. dengan kekuatan
untuk terus isthiqomah di dalam perjuangan
kini, aku telah selesai present projek
telah selesai final exam
namun, masih aku menunggu kelahiran anak ketiga
namun, masih aku menunggu untuk menghantar tesis
namun, masih menunggu untk LI
tidak sabar rasanya nak kembali ke alam pekerjaan
alam pendidik
moga Allah S.W.T. memberkati aku dan keluargaKu
amin....

Wednesday, October 7, 2009
SELAMAT HARI RAYA
SEKITAR PENGKEBUMIAN MUJAHID NORDIN MAT TOP
Subscribe to:
Posts (Atom)